Tasha Shilla Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kedua
Shahrin Zulkifle
06/09/2022 01:00 MYT
06/09/2022 01:00 MYT
Pelakon Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan sekitar 10.37 pagi pada Isnin.
Menerusi laporan Harian Metro, suami kepada aktres itu, Muhammad Atiq Idris, berkata proses pembedahan yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar.
Malah, Atiq memaklumkan keadaan isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah, Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.
"Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
"Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan," kata Atiq.
Terdahulu, Tasha atau nama asalnya Natasha Sheila Abdul Razak, 35, memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan.
Malah, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.
Untuk info, Tasha dan Atiq sah bergelar suami dan isteri pada 28 Februari 2020 dan mereka turut dikurniakan cahaya mata Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Sumber - Harian Metro
Sumber - Harian Metro