,
Berita

Taska Pengasuh Lempang Kanak-Kanak Dibenar Beroperasi

Syafiqah Jalal
14/08/2018
06:39 MYT
Taska yang pengasuhnya tular di media sosial melempang kanak-kanak semalam dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Bagaimana pun polis masih menjalankan siasatan ke atas Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) dan berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan yang beroperasi di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka itu.
Exco Wanita Pemban­gunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Ginnie Lim Siew Lin berkata bagaimanapun dua guru yang dipercayai terlibat mengasari kanak-kanak di pusat berkenaan sudah dibuang kerja selepas laporan dibuat pengusaha Sabtu lalu.
"Semakan dibuat dan mendapati tadi­ka yang mempunyai 23 kanak-kanak dan empat pekerja ini beroperasi secara sah serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran negeri.
"Insiden ini tidak wajarnya berlaku dan saya menggesa setiap tenaga pengajar yang dilantik berkelayakan termasuk memiliki sijil pendidikan awal kanak-kanak bagi menggelakkan insiden mengasari dan penderaan ber­laku pada kanak-kanak," katanya selepas me­lawat tadika berkenaan
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik.
Menurutnya, peng­usaha pusat jagaan juga perlu membuat pemer­hatian dan melakukan pemantauan supaya dapat mengesan tanda awal pekerja yang cenderung mengasari kanak-kanak.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tekup Bayi Dengan Bantal Sehingga Maut, Pengasuh Direman Tujuh Hari

gempak
07/09/2024
05:25 MYT
Seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama,Melaka pada Jumaat.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Berita

Didakwa Cubit Paha Anak Jagaan Sampai Lebam, Pengasuh Ditahan Polis

gempak
06/07/2024
21:55 MYT
Seorang pengasuh ditahan pada Sabtu dipercayai mengasari kanak-kanak di sebuah taska dekat Putra Perdana, Sepang.
Viral

Jijik! Wanita Dedah Taska 'Pengotor', Kongsi Satu Tuala Untuk Semua Budak - "Kain Buai Bau Hancing"

gempak
23/06/2024
02:55 MYT
Seorang wanita mendakwa sebuah taska di Sungai Buloh, Selangor tidak mengekalkan kebersihan selain turut mengabaikan keselamatan kanak-kanak asuhan di situ.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama Dua Individu Dipanggil Polis

gempak
03/06/2024
05:33 MYT
Rentetan penahanan ibu bapa arwah Zayn Rayyan baru-baru ini, tiga individu termasuk pengasuh kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan.