Taufiq Hanafi... Dulu Pemain Bola, Kini Jadi Perwira!

Kamaruddin Razal
Ogos 16, 2018 12:04 MYT
Pendatang baru, Taufiq Hanafi semakin mendapat tempat di hati peminat.
Masih ingat lagi dengan watak Abu yang dijayakan oleh Taufiq dalam Ola Bola The Movie?
Daripada seorang pemain bola, Taufiq berubah menjadi seorang komando laut!
Tidak lama lagi, peminat dapat menyaksikan aksi Taufiq sebagai Bintara Kanan Khairil Fikri Abd Musa atau Ustad dalam filem Paskal.
Menerusi filem tersebut, Taufiq membawakan watak anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal).
Berkongsi foto-foto sekitar penggambaran filem Paskal di laman Instagram miliknya, rata-rata peminat Taufiq sudah tidak sabar mahu menyaksikan aksi pelakon ini di layar perak.
Pengorbanan serta kehidupan anggota Paskal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direalisasikan dalam filem ini.
Diadaptasikan dari kisah benar, Paskal berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Selain Taufiq, filem itu dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Gambit Saifullah dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Taufiq
#Paskal #Taufiq Hanafi