Tawakal & Ikhtiar, Ini Doa Boleh Diamalkan Calon SPM Sebelum Masuk Dewan!
Hari ini pelajar tingkatan lima bakal menduduki bakal menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam hala tuju pendidikan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ada yang berdebar, namun tidak kurang juga bimbang apabila terpaksa menduduki peperiksaan ketika pandemik COVID-19 masih menular.
Apapun, SPM tetap bakal dilaksanakan dalam suasana norma baharu.
Malah, selepas pelbagai persediaan mengulang kaji pelajaran dilakukan, kini pelajar hanya perlu yakin dan tawakal sebaik memasuki dewan.
Oleh itu, Gempak senaraikan doa-doa yang boleh diamalkan calon SPM.
#1 Doa Penerang Hati
Maksudnya : Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
#2 Doa Membuka Hati
Maksudnya : Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri.
#3 Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan/ Mohon Dilapangkan Dada
Maksudnya : Ya Allah, lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.
Apapun, semoga urusan calon SPM dipermudahkan!