Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Tawar Hantaran Kahwin RM3,400, Caprice Bidas Perempuan Yang Minta Hantaran Tinggi

Syafiqah Jalal 03/07/2019 | 08:17 MYT
Penyanyi rap, Caprice membidas wanita yang meminta hantaran kahwin dengan jumlah yang tinggi hingga mencecah RM15,000.
Menurutnya, wang hantaran yang tinggi tidak menjamin apa-apa sebaliknya memberi beban kepada pihak lelaki dan pasangan tersebut untuk meneruskan hidup selepas berkahwin.
Caprice telah mencabar mana-mana wanita, tidak mengira tahap pelajaran mereka termasuk janda untuk berkahwin dengan wang hantaran yang ditawarkannya hanya RM3,400.
“Kalau parents korang okay dengan RM3,400, PM tepi,” tulisnya.
Caprice berkongsi mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video seorang perempuan yang mengupas isu wang hantaran yang mana jumlah hantaran itu perlu berpadanan dengan tahap pelajaran seseorang.
Caprice dalam video tersebut turut mengupas mengenai isu hantaran dan tidak bersetuju dengan wanita yang meminta wang hantaran yang tinggi.
Video tersebut mendapat perhatian netizen apabila menerima lebih 236,000 tontonan dengan 2,666 komen.
Rata-rata turut bersetuju dengan pandangan Caprice dan berharap wang hantaran tidak menjadi isu dan halangan untuk setiap pasangan untuk berkahwin.

Kalau parents korang ok dgn RM3,400... PM tepi. ??

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

#Kahwin #Kahwin #Janda #Caprice #Wang Hantaran
;