Tawar Khidmat Seks RM60 Di Jalan Pudu, Lapan Ditahan Polis
Gempak
24/11/2024 18:55 MYT
24/11/2024 18:55 MYT
Polis menahan lapan individu termasuk enam wanita warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di Jalan Pudu, ibu negara.
Serbuan melalui Op Noda dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah premis, kira-kira 2 pagi, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, siasatan awal mendapati sindiket pelacuran itu menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM60.
"Kebanyakan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warganegara asing dengan purata langganan seorang pelacur lima hingga 10 orang.
"Kegiatan pelacuran tersebut beroperasi dari 6 petang hingga 4 pagi setiap hari," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Rusdi berkata, tangkapan dibuat terhadap dua lelaki tempatan yang bertindak sebagai pengurus dan penjaga premis selain enam wanita warga Indonesia dan kesemua suspek berusia antara 20 hingga 63 tahun.
"Polis turut merampas 20 keping kondom, lima helai tuala, tiga paket tisu basah, tiga tiub pelincir dan satu minyak pelincir.
"Polis turut merampas 20 keping kondom, lima helai tuala, tiga paket tisu basah, tiga tiub pelincir dan satu minyak pelincir.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja warga asing tanpa permit yang sah; Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mengurus atau mengawal aktiviti persundalan dan Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan.
"Turut disiasat di bawah Peraturan 39(B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Sumber: Astro AWANI