Laman Utama
“Tawaran Sampai Berjuta Ringgit” - Iqbal Akui Sering Terima Offer Jadi Anak Ikan Sugar Mummy & Sugar Daddy
Pengsohor media sosial, Iqbal Zulkefli mendedahkan yang dia sering menerima tawaran untuk ‘dibela’ oleh sugar mummy dan sugar daddy sejak zaman persekolahan.
Menurut Iqbal, dalam banyak-banyak tawaran yang diterima, dia berjaya untuk menolak dan sehingga hari ini, Iqbal menjelaskan bahawa rekodnya (untuk tidak dibela oleh sugar mummy atau sugar daddy) masih lagi bersih.
“Biasalah. Tawaran dari sugar daddy, sugar mummy ini saya sudah terbiasa sejak zaman persekolahan. Tidak sangka, sampai hari saya berjaya menolak dengan baik dan tidak pernah ada rekod.
“Hebat juga tawaran sampai berjuta ringgit. Nasihat saya, jangan. Bukan hanya tentang dosanya, tetapi risiko menjadi 'anak ikan' ini sangat besar.
Jadi orang biasa, berdiri di kaki sendiri, usaha sedaya mampu kita, hidup pun tenang,” katanya.
Iqbal berkata demikian di Instagram Story menerusi aplikasi soal jawab NGL yang trending sejak beberapa hari lepas.
Soalan-soalan yang dihantar oleh pengikut Iqbal adalah bersifat tanpa nama dan mereka bebas bertanya sebarang soalan kepada dirinya.
Selain itu, Iqbal turut menjawab mengenai pertanyaan bilakah dia bakal mengakhiri zaman bujang.
“Berkaitan artikel media keluarkan yang saya menangis waktu malam sebelum tidur, itu betul. Walaupun macam lucu dan dijadikan bahan gelak netizen. Saya fikir penat segalanya saya buat seorang diri.
“Apabila sampai rumah, saya menitis air mata kepenatan namun tiada tempat untuk bermanja. Jika sesiapa ikut dan lihat sendiri bagaimana rutin harian saya, pasti tidak sanggup.
“Saya orang yang kuat beraktiviti dalam diam. Jadi, jangan tanya bila saya akan berkahwin,” katanya lagi.
Terdahulu, Iqbal pernah dikaitkan dengan pengusaha kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida. Kisah ‘percintaan’ mereka berlarutan sehingga tercetusnya perbalahan sehingga kedua-dua figura itu menerbitkan lagu untuk meluahkan perasaan yang terpendam.
Must-Watch Video