Viral

Tayang Gambar Kahwin, Aksi Romantis Cium Mulut Raja Ilya Pula Jadi Perhatian

gempak
Amri Hassan
28/12/2018
02:01 MYT
Sponsor Banner
Tayang Gambar Kahwin, Aksi Romantis Cium Mulut Raja Ilya Pula Jadi Perhatian
Selepas selamat bernikah dengan usahawan Australia, Trent Garrett, pelakon Raja Ilya akhirnya memuat naik foto-foto sepanjang majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Baca: Tahniah! Raja Ilya Jadi Isteri Usahawan Kelahiran Australia
Baca: Tak Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia, Trent
Malah, pelakon filem Appalam itu turut memohon doa daripada peminat untuk kebahagiaan rumah tangga yang dibinanya agar berkekalan.
Baca: Raja Ilya Sah Isteri Trent Garrett, Bakal Adakan Resepsi Di Malaysia
Di samping ucapan tahniah daripada peminat dan pelayar media sosial, terselit juga komen-komen negatif daripada pihak yang kurang senang dengan foto yang dimuat naik Ilya.
Aksi romantis Ilya dan Trent bercium mulut pula menjadi sasaran netizen!
Selain dituduh terlampau mengikut pedoman budaya negara Barat, ada antara netizen melabelkan Ilya dengan panggilan tidak senonoh.
"Patutnya dia ikut kau, bukan kau ikut dia. Kau tu Islam, jaga nama baik Islam. Pakai baju tak cukup kain. Aku bagitahu je, tak nak ikut sudah," tulis salah seorang pengguna.
"Cium mulut pun nak tunjuk, ikut sangat budaya barat," tambah pengguna lain.
"Gambar cium mulut pun nak upload. Ya, tahu dah kahwin tapi tak sesuailah nak up kat umum kan. Tak marah tapi nasihat," tambah pengguna lain pula.
Bagaimanapun, masih ada segelintir yang menyokong Ilya dengan alasan aksi pasangan itu hak mereka yang sudah punyai ikatan halal.
Ilya dan Trent telah berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live