HIBURAN
Tayang Gambar Mandi Sungai Tak Berbaju, IG Nicholas Saputra Dihujani Komen Peminat - "Keindahan Alam Ni"
Bintang popular Indonesia, Nicholas Saputra tampil mencuri perhatian ramai menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya.
BERITA TRENDING: Konsert Ada Apa Dengan Melly… Prom Nite Bakal Bawa Rangga? Nicholas Saputra Komen - “Wait For The Surprise”
Menerusi kemaskini tersebut, pelakon yang popular menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta itu menayangkan separuh badannya ketika sedang berendam di kawasan air terjun Tangkahan The Real Hidden Paradise, Sumatera Utara, Indonesia.
"2015 recreat," tulis Nicholas ringkas.
.jpg)
Ketika artikel ini ditulis, foto itu mendapat lebih 220,000 tanda likes dan 27 ribu komen pengguna media sosial.
Rata-ratanya memuji fizikal dan bentuk badan Nicholas yang kekal fit dalam usia 41 tahun.
"Bisep trisep kasep," tulis salah seorang pengguna.
Tambah pengguna lain pula; "Astaghfirullah.. Harap bersabar.. Ini ujian."
"Astaga keindahan alam ini," sahut individu lain pula.
"Meledakkan jagat internet hari ini," tambah pengguna lain lagi.
Untuk info, Nicholas antara tetamu jemputan yang bakal memeriahkan Ada Apa Dengan Melly ‘Prom Nite’ pada 31 Mei akan datang.
Selain Nicholas, Aina Abdul dan Dinda Dania akan turut dijemput sebagai tetamu khas.
Melly sebelum ini mencipta sejarah dan fenomena menerusi penganjuran dua konsertnya di Malaysia iaitu Ada Apa Dengan Melly (Back To School) serta Ada Apa Dengan Melly Friends (Malam Graduasi) masing-masing pada Feb 2023 dan Jun 2024.
BERITA TRENDING: Sudah Berusia 40 Tahun, Nicholas Saputra Tak Pernah Sunyi Hidup Solo
Konsert Melly Goeslaw yang bertemakan 'Prom Nite' akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 31 Mei.
Peminat yang ingin menari bersama Melly boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my