Hiburan
Tayang Kemesraan, Fizz Fairuz & Almy Nadia Dilabel Pasangan Contoh - "Nak Jumpa Lelaki Begini Susah..."
Hubungan erat suami isteri antara pelakon, Datuk Fizz Fairuz bersama Datin Almy Nadia menyorot perhatian netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok, Almy Nadia atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 40, bertanyakan tentang sebanyak mana kasih sayang Fizz Fairuz terhadap dirinya.
undefined “You sayang I banyak ke sikit?” soal Almy.
“Banyak. Banyak macam Mimi Peri makan,” jawab Fizz Fairuz dengan nada gurauan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat kebahagiaan rumah tangga kedua selebriti tersebut.
“Terbaik, pasangan contoh.
“Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
“May this kind of love finds all of us.
“Nak jumpa lelaki macam ni payah, banyak tak mahu duduk dekat-dekat dengan isteri macam ni. Datuk ni memang lelaki terhad," komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004.
Pasangan berkenaan dikurniakan lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan Nur Afrina Alisya.
Mereka juga turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nur Afrina Darwisyah, 16 tahun.