Laman Utama
Tayang Lelaki Elok, Barang Mewah, Makanan Sedap, Group Facebook Riak Apa Hari Ini Jadi Bualan Netizen
"Done riak!" demikian tagline yang sering menjadi pilihan pengguna Facebook dalam group baharu Riak Apa Hari Ini.
Group yang mulai menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini memaparkan pelbagai keletah pengguna yang menayangkan kemewahan dan berbangga dengan diri sendiri secara lelucon.
Sekadar bergurau barangkali, rata-ratanya berkongsi kisah peribadi sendiri sama ada bermegah dengan barang-barang mewah, makanan sedap malah tidak kurang juga yang menayangkan kekasih yang kaya-raya.
Kebanyakannya terhibur dengan perkongsian pengguna di group terbabit namun tidak kurang juga ada yang mempertikaikan kewujudan group berkenaan.
"Untuk geng-geng yang nak show off tapi takde platform yang sesuai. So di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk mengshowoff kan apa yang nak di show off kan itu.
"Dialu-alukan dengan caption yang lawak-lawak untuk menghiburkan rakan-rakan dalam group. Dipersilakan," tulis penerangan akaun group Facebook terbabit.
Group terbabit juga menasihati pengguna agar tidak berkongsi posting berkaitan politik, menyebarkan kebencian, menjual barangan, sesi siaran langsung, menghasut dan memalukan sesama sendiri.
Sehingga kini, group Riak Apa Hari Ini telah disertai oleh lebih 111,000 pengguna dan mengandungi lebih 5,000 perkongsian.
Maka, usahlah mengambil serius akan hal-hal yang dikongsikan pengguna di group Riak Apa Hari Ini sepertimana group yang pernah tular sebelum ini.
Jom layan posting-posting melucukan pengguna group Riak Apa Hari Ini yang nyata membuatkan anda tak kering gusi!
Must-Watch Video