Sejak kebelakangan ini penyanyi Bad Indigo dilihat terbuka berkongsi mengenai kisah percintaannya bersama seorang wanita di laman sosial miliknya.

Malah, Bad juga mengakui sedang dalam fasa bahagia bersama wanita tersebut yang tidak di dedahkan identitinya itu.

Terbaharu, menerusi satu muat naik di Instagram, Bad telah berkongsi sekeping foto yang dipercayai teman wanita baharunya buat tatapan umum. Pun begitu, foto tersebut telah disunting sehingga menutupi sedikit bahagian mulut wanita berkenaan.

Bertambah manis lagi, penyanyi berusia 47 tahun itu juga telah menghadiahkan sebuah lagu berjudul ‘You are so beautiful’ kepada wanita berkenaan.

“For you, terasa nak sampaikan lagu ini khas untuk seseorang itu. Dia wujud tau bukan angan-angan,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang mendoakan kebahagian buat Bad selain gembira melihat keadaan terkini penyanyi itu yang sentiasa ceria.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang bertanyakan sama ada wanita berkenaan benar-benar wujud atau penyanyi itu sekadar ‘berilusi’.

“Bang kalau betul-betul sayang tak payah tunjuk macam ni bang, kahwin je terus,” ujar seorang netizen.

“Bila nak selfie bersama wanita misteri tu? Nak tengok juga kewujudan dia,” kata seorang wargamaya.

“Cantik, semoga bahagia, semoga dipermudahkan urusan abang dan bakal isteri,” komen seorang warganet.

Imbas kembali, Bad pernah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama penyanyi Ashira Aziz pada 11 Mac 2021. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila mengumumkan telah bercerai secara baik pada 23 Jun 2022.

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)


Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.