Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tayang Otot Sado, Biceps Saharul Ridzwan Buat Netizen Speechless

Azwa Rahman
13/08/2019 09:53 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mencuri perhatian netizen apabila menayangkan otot lengan yang sado dan berurat.

Menerusi laman sosial Instagram, Saharul berkongsi satu foto terbarunya di kini sedang aktif bersenam di gimnasium.

“One more rep. Come on! Good morning Geng!” ujarnya sebagai kapsyen.

Ramai netizen yang terkejut dan teruja melihat perubahan drastik pelakon itu jika dibandingkan dengan tubuhnya yang terdahulu.

Perkongsian yang dibuat menerusi laman sosial Instagram tujuh jam yang lalu itu rata-rata membuatkan peminat meninggalkan komen kagum.



“Pinjam badan bang,” puji seorang netizen yang kagum dengan perubahan badan Saharul.

“Tidur setahun kalau kene tampar ni,” gurau seorang netizen.

“Avengers Malaysia!” komen seorang netizen yang menyamakan Saharul seperti Hulk.

“Perghhh! Speechless. Timbul segala urat bro!” puji seorang netizen lagi.

Malah, ada netizen yang meminta Saharul untuk tidak terlalu membesarkan badannya ekoran isterinya, Deena Emir merupakan seorang yang bertubuh kecil.

Pada Jun lalu, penampilan Saharul menjadi buah mulut netizen apabila dia kelihatan sedikit berisi dan gempal.

BACA: http://www.gempak.com/artikel/20629/muka-bulat-badan-makin-besar-peminat-terkejut-penampilan-terbaru-saharul-ridzwan

Pernah mencecah sehingga 87 kilogram, kini Saharul tampil dengan badan yang sihat dan sado hanya dalam tiga bulan sahaja.
#Selebriti #Kacak #Badan cantik