Tayang Six Pax, Aliff Syukri Bergelar Model Antarabangsa?

Syafiqah Jalal
April 3, 2017 12:30 MYT
Nama usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri menjadi bualan ramai gara-gara wajah seorang model antarabangsa mempunyai wajah persisnya.
Model berasal dari India itu dikenali sebagai Imran K. menerus laman sosial Instagram miliknya, telah berkongsi beberapa keping foto dan ada di antaranya mirip wajah pengasas produk D' Herbs itu.
Sekali pandang, pasti anda tidak akan menyangka itu bukan Alif Syukri kerana dari bentuk hidung, mulut dan dagu model tersebut, menyerupai usahawan kosmetik yang terkenal dengan jolokan 'abang terlajak laris' itu.
Berikut kami kongsikan wajah model tersebut yang menjadi bualan netizen sejak semalam:
Kredit gambar : @irak_boom
Teks : Izzat Ridzwan
#Viral #Viral #Aliff Syukri