gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lelaki Kahwini Patung Kayu Penuhi Hasrat Bapa - "8 Anak Saya Sudah Berkahwin Jadi..."
HIBURAN
Selesa Hidup Terpencil, Jet Li Alami Social Anxiety
HIBURAN
"Saya Masak Bukan Untuk Awak" - Zara Zya Balas Teguran Netizen Masuk Daun Kari Dalam Asam Pedas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tayang Video Suntik Filler Rahang, Nur Fathia Ditarbiah Netizen - “Mengubah Ciptaan Allah Adalah Haram”

Azwa Rahman
Azwa Rahman
11/02/2021
03:15 MYT
Sponsor Banner
Tayang Video Suntik Filler Rahang, Nur Fathia Ditarbiah Netizen - “Mengubah Ciptaan Allah Adalah Haram”
Pelakon Nur Fathia Latiff mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi sebuah video dirinya sedang menjalani rawatan aestetik filler di bahagian rahang.
Menerusi laman sosial Instagram, Fathia memuat naik video sambil mempromosikan kaedah membentukkan rahang tersebut untuk tatapan umum.
“Orang yang merasa tidak puas hati dengan garis rahang atau dagu mereka mungkin ingin menambah bentuk di kawasan ini.
“Filler rahang jenis suntikan atau dermal filler dapat memberikan penyelesaian bukan pembedahan. Dagu dan rahang yang kelihatan lembut boleh disebabkan oleh usia atau genetik. Filler rahang dapat menambahkan bentuk, simetri, keseimbangan dan kontur ke kawasan kawasan ini, terutama dalam profil.
View this post on Instagram
A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)
“Filler rahang adalah gel yang disuntik ke dalam kulit. Ia merangsang penghasilan asid hyaluronik atau kolagen. Ini dapat menegangkan kulit yang kendur dan kehilangan tulang di sekitar rahang,” tulis Fathia di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 40 saat itu, menunjukkan Fathia menyuntik filler di kedua-dua belah rahangnya sambil mempamerkan hasil rahang sebelum dan selepas.
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian Fathia itu mengundang reaksi yang bercampur-baur daripada pengikutnya.
Ramai wargamaya yang memuji wajah Fathia sememang semulajadi cantik dan tidak memerlukan sebarang rawatan kosmetik.
Malah, ramai juga yang memberikan nasihat dan peringatan tentang dosa mengubah ciptaan Tuhan.
“Sebarang penambahbaikkan di rahang atau muka adalah haram. Melihat hijabis melakukan penambahbaikan muka tidak menjadikannya halal. Dosa pahala masing-masing tanggung tapi ini sekadar peringatan,” komen seorang wargamaya.
“Patutlah Fathia dah tak cantik. Banyak yang dah ubah kat wajah tu,” luah seorang wargamaya.
“Cantik yang dulu lagi, sis fathia tak perlu nak ubah sebab awak dah semulajadi cantik. Now dah macam orang tua. Rindu yang dulu,” kata seorang wargamaya.
“Aku je ke tak nampak perubahannya?” tanya seorang wargamaya.
“Fatiya please stop jangan ubah apa-apa cucuk sana sini lagi. You memang dah natural cantik gila,” tulis seorang wargamaya.
“Mengubah ciptaan Allah adalah haram,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 130,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
#Fathia Latiff
#Pembedahan kosmetik
#Filler rahang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement