Antarabangsa
Tayangan Fast And Furious 9 Ditunda April Tahun Hadapan
Berikutan masalah pandemik koronavirus (Convic-19), tayangan filem Hollywood terbaharu Fast and Furious 9: F9 The Fast Saga ditangguh sehingga April 2021.
Pengumuman itu dibuat daripada akaun rasmi Fast and Furious 9 di Twitter yang sebelum ini ia dijangka ditayangkan pada 22 Mei ini.
Vin Diesel yang memegang watak Dominic Toretto dalam laporan mirror.co.uk turut memohon maaf atas kelewatan tayangan filem berkenaan.
Menurutnya, berkemungkinan peminat di seluruh dunia tidak dapat menonton filem berkenaan pada Mei ini.
“Kelewatan itu pasti ramai yang kecewa kerana perlu menunggu lebih lama lagi, tetapi ia dibuat demi keselamatan untuk semua, yang menjadi keutamaan,” katanya.
Must-Watch Video