Hiburan

"Tayar Pecah Langgar Pembahagi Jalan" - Black Rugi RM8,000 Kereta Dipandu Pekerja Kemalangan

gempak
Amri Hassan
14/06/2020
05:18 MYT
Sponsor Banner
"Tayar Pecah Langgar Pembahagi Jalan" - Black Rugi RM8,000 Kereta Dipandu Pekerja Kemalangan
Penyanyi Black Hanifah yang berada di Pulau Pinang sejak Rabu lalu terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas pekerjanya mengalami kemalangan jalan raya pada Jumaat.
Kenderaan jenis pacuan empat roda itu yang dipandu oleh pekerjanya terbabas melanggar pembahagi jalan selepas tayar kanan sebelah hadapan pecah.
"Kejadian itu berlaku selepas pekerja saya menggunakan kenderaan terbabit untuk membeli barangan kelengkapan pejabat.
"Tiba-tiba tayar kanan bahagian hadapan pecah dan hentam pembahagi jalan. Mujur tiada apa-apa dan tak teruk pun.
"Cuma ada body kit bahagian hadapan, sport rim yang baru ditukar rosak dan perlu dibaiki," katanya kepada Gempak.
Berdepan kerugian sekitar RM8,000, kata Black dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.
"Benda dah nak jadi, saya reda sahaja. Selepas dimaklumkan saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana kenderaan itu saya selalu guna untuk bawa motosikal cross.
"Saya pula jenis sayangkan kenderaan jadi saya mesti tengok sendiri keadaan kereta saya itu," tambahnya.
Dalam pada itu, Black menyangkal dakwaan punca kemalangan terbabit disebabkan kecuaian penyelenggaraan tayar kenderaannya.
"Ramai nampak tayar kereta itu sudah haus tapi ia masih boleh dipakai lagi.
"Memandangkan saya baru keluar dari hutan menggunakan kenderaan itu, tayar pun nampak seperti warna tanah dan botak. Tapi tak pun," tambahnya.
Black turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memandu dengan berhemah sepanjang masa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024