Anugerah RISE Educator kembali untuk tahun ketiga bagi menyambut dan meraikan pendidik luar biasa yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pendidikan anak-anak murid mereka.

Anugerah yang dianjurkan oleh Taylor's College dan cabang penglibatan pelajarnya, The Risers, menyasarkan untuk memberi ganjaran RM10,000 kepada lima finalis yang telah memberikan impak positif kepada ekosistem pendidikan negara.

Akronim bagi Remarkable Impact in Student Education, pencalonan untuk Anugerah RISE Educator kini dibuka dari 1 hingga 31 March 2023.

Pencalonan terbuka kepada semua melalui penyerahan cerita sepanjang 100 patah perkataan yang menggambarkan tindakan inspirasi guru mereka untuk memberi impak positif kepada pendidikan pelajar mereka.

Dengan lebih 180 penyerahan diterima tahun lepas, anugerah ini telah menerima pelbagai kisah menarik dan mengharukan tentang guru-guru yang prihatin serta bersemangat bagi memastikan pelajar mereka menerima pendidikan berkualiti.


Memahami kepentingan pendidikan dalam membentuk minda pemimpin masa hadapan, Taylor's College akan menganugerahkan RM10,000 kepada lima finalis untuk kegunaan pembangunan infastruktur dan fasiliti sekolah mereka.

“Sebagai sebuah institusi pendidikan, kami percaya bahawa kami memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai pihak berkepentingan dengan agenda pembangunan negara terutama dalam memastikan akses pendidikan yang saksama dan berkualiti untuk semua pelajar.

“Untuk ini, Taylor's College komited untuk mengoptimumkan dan menyokong ekosistem pendidikan negara dalam membina infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik untuk sekolah mereka,” kata Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor's College.

Jelasnya lagi, Anugerah RISE Educator ini merupakan inisiatif di bawah gerakan Engage, Equip and Empower The Risers, sejajar dengan misi institusi untuk menjadi universiti terbaik dunia.

“Kami akan meneruskan tumpuan kami untuk membina budaya, komuniti dan identiti sekolah yang positif dengan mempromosikan nilai, kemahiran dan pengetahuan positif yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG 4) untuk memastikan pendidikan berkualiti inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

“Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk menerima pendidikan yang berkualiti, dan melalui usaha guru-guru yang luar biasa ini, kami dapat merealisasikannya.

“Itulah sebabnya kami komited untuk menyokong dan meraikan para pendidik yang berdedikasi ini melalui Anugerah RISE Educator dan menyokong mereka dengan wang tunai ini untuk menjayakan usaha mereka,” jelasnya.

Pemenang RISE Educator of the Year tahun lalu, Cikgu Hazeem Azemi, telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pendidikan dengan merapatkan jurang pengetahuan digital antara pelajar luar bandar dan bandar.


Sebagai seorang guru di sekolah luar bandar, Cikgu Hazeem memerhatikan perbezaan tersebut dan mengambil tindakan untuk mewujudkan Studio Multimedia OKU SMK Kuala Krau, studio multimedia pertama di Malaysia yang direka khusus untuk pelajar kurang upaya dan Orang Asli.

Makmal tersebut dilengkapi dengan kerusi dan meja permainan, komputer dan aksesori, menyediakan persekitaran yang menyeronokkan dan bermotivasi untuk pelajar mempelajari kemahiran IT yang penting seperti penyuntingan video dan foto, pembelajaran berasaskan permainan dan penyiaran.


Pendekatan inovatif Cikgu Hazeem terhadap pendidikan mempamerkan komitmen beliau terhadap pendidikan berkualiti untuk semua dan telah memberi inspirasi kepada pendidik lain untuk mengikuti jejak beliau.

Anugerah RISE Educator mengiktiraf pendidik yang memberi inspirasi di mana orang ramai boleh mencalonkan kisah penuh inspirasi guru yang mengajar di tadika, sekolah rendah dan menengah kebangsaan, swasta dan antarabangsa dalam negara.

Lima Finalis

Lima finalis akan dipilih daripada penyertaan dan cerita mereka akan disiarkan di platform media sosial Taylor's College dan Taylor's University, untuk orang ramai mengundi pemenang.

Penyertaan dengan jumlah likes terbanyak akan membawa pulang RM2,000 manakala penama juga akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Panel hakim akan memilih juara utama untuk gelaran RISE Educator of the Year di mana pemenang akan diberikan RM5,000 untuk guru dan RM500 untuk penama.

Pemenang Anugerah RISE Educator akan diumumkan pada bulan Mei sempena sambutan Hari Guru negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Taylor’s College di sini.