Hollywood
Taylor Swift Beri Bonus RM872 Juta, Pemandu Lori & Tukang Kayu Antara Yang Terima
Taylor Swift memang terkenal dengan sikap dermawan dan memberi bonus kepada para pekerja terutama yang terlibat dengan siri konsert jelajahnya seperti menjadi satu tradisi buat penyanyi tersebut.
BERITA TRENDING: Bukan Taylor Swift, Beyonce Dinobat Bintang Pop Terbaik Abad Ke-21
Terbaharu, Swift telah memberi sekitar RM872 juta sebagai bonus kepada para krew yang terlibat dengan siri jelajah konsert The Eras Tour yang bermula pada Mac 2023 lalu, lapor Rolling Stone.BERITA TRENDING: Lelaki Musnahkan ‘Gitar Taylor Swift’ Guna Tukul, Selepas Beli RM16,700
Pemberian bonus itu diagihkan antaranya kepada tim katering, pemandu lori, tukang kayu, krew lampu, jurutera bunyi, jurutera instrumen, jurusolek, juru dandan, pakar terapi, penari, pemuzik, pengawal peribadi, juru ikat dan tim cenderahati.
Pengumuman pemberian bonus tersebut dibuat sewaktu konsert jelajah itu di Vancouver, Amerika Syarikat pada 8 Disember lalu.
Menerusi 149 persembahan yang dibuat dalam The Eras Tour, Swift memperoleh pendapatan sehingga RM8.85 bilion dengan seramai 10, 168,008 peminat menghadiri konsert tersebut, lapor Forbes.
Pendapatan tersebut adalah satu sejarah baru yang dipecahkan Swift dalam industri muzik selepas Coldplay mengutip keuntungan sekitar RM4.4 bilion menerusi 156 lokasi siri jelajah konsert Music of the Spheres World Tour pada Ogos lalu.