Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Team Wardrobe & Make-up Paling Ramai Sepanjang Kerja” - Nabila Huda Kongsi Pengalaman Jadi Saloma

Azwa Rahman
22/02/2021 11:20 MYT
Aktres jelita Nabila Huda berkongsi pengalaman mempunyai pasukan pakaian dan solekan paling ramai sepanjang kariernya apabila berlakon dalam telefilem Saloma.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil turut memuat naik pengalamannya menjayakan watak sebagai Saloma, isteri kepada Allayarham Tan Sri P. Ramlee dan juga seorang biduanita negara.

“Shoot ni la team wardrobe dan make up paling ramai selama i kerja. Memang buka je mata, bersiap kat hotel, naik van, langkah pertama keluarkan kaki dari van sampai kat set, terus secara automatiknya bertukar kepada Saloma.

“Setiap hari bila Abil masuk set, mesti i akan amazed with the set, my hair and wardrobe sebab dia terus totally berubah to vibe era tu, and i love it,” tulis Abil panjang di ruangan kapsyen.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Menjayakan watak Saloma di dalam sebuah karya arahan Melissa Saila, ini merupakan sebuah filem biografi pertama lakonan Abil dan menjadi kegemarannya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji lakonan mantap Abil di dalam telemovie Saloma.

Malah, ada yang turut gemar membaca perkongsian Abil menceritakan pengalamannya sepanjang melakonkan watak Saloma.

Bestnya baca. Type lagi panjang-panjang,” komen seorang wargamaya

“Aduii bersambung pulak. Aku dah la sejenis tak reti sabar menunggu ni, next Abil please,” gesa seorang wargamaya.

Dan boleh buat buku ni,” komen seorang wargamaya.

“Well done, this shoot looks real to that time era. Impressive,” puji seorang wargamaya.

“I love reading your fun facts pasal Saloma ni. We want more,” tulis seorang wargamaya.

Watak dulu-dulu memang ngam teruk dengan Abil,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, fakta menarik tersebut telah meraih hampir 20,000 tanda suka daripada wargamaya.

#Nabila Huda #Telefilem #Saloma
;