UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
KELUANG MAN

Teaser Trailer Keluang Man Bakal Ditayangkan Di GMWA24! Ramai Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Borhan - “Padu! Memang Menjadi”

Mya Amri 22/02/2025 | 05:50 MYT

Filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man yang dilakonkan oleh Nas Muammar Zar atau Nas-T bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Eksklusif tayangan trailer di GMWA24

Berita itu ternyata membuatkan peminat setia Keluang Man dan juga netizen berasa teruja.

Sebagai bukti, menerusi posting terbaharu di Instagram Astro Shaw yang merakamkan video pendek gelagat Keluang Man, netizen sudah mula menerima Nas untuk membawakan watak legenda tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa suara Nas benar-benar mirip dengan Keluang Man dalam siri animasi.

Selain itu, mereka juga meluahkan rasa kagum melihat Nas berjaya melakonkan watak Borhan walaupun dengan hanya sedutan video pendek tersebut.

Dalam pada itu, posting terbaharu Astro Shaw turut mendedahkan bahawa Keluang Man sebenarnya adalah figura di sebalik poster parodi ‘Aku Bukan Batman’ dan ‘Aku Bukan Deadpool’ yang sebelum ini tular di media sosial rasmi mereka.

Lebih istimewa lagi, tayangan teaser trailer Keluang Man bakal ditayangkan secara eksklusif di Gempak Most Wanted Awards (GMWA24) pada Ahad, 23 Februari 2025.

Jadi jangan lupa saksikan GMWA24 untuk menonton teaser trailer Keluang Man.

GMWA 2024 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan dipancarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.

#Keluang Man #Teaser #Nas Muammar Zar #Nas #GMWA24