Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

Asyraf Roslan
11/11/2024 07:55 MYT
Cara pendakwah bebas , PU Riz menegur adik iparnya Ameera Khan meraih perhatian netizen.

PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.

“Ameera tutup dulu..tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini,” tegur Riz secara ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."

ARTIKEL BERKAITAN: Simple & Sopan, Penampilan Ameera Khan Raih Pujian Netizen - “Definisi Orang Kaya Tak Perlu Berpakaian Over..”

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Single, Ibu Dedah Ameera Khan Ramai Kenalan Lelaki - “Semua Orang Dia Panggil Sayang”


Namun Ameera menerangkan bahawa pembeli mungkin tidak akan dapat melihat denganjika dia tidak menyelak tudungnya.

Menyedari situasi itu, kakaknya, Neelofa terus menegur sambil berseloroh memberitahu bahawa PU Riz tidak mahu Ameera menayangkan auratnya kepada penonton.

“Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung,” kata Neelofa sambil tertawa.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji tindakan PU Riz yang dilihat menegur adik iparnya itu dengan begitu lembut dan mendoakan agar Ameera juga mendapat hidayah seperti kakaknya.

“Berhalus tegur..baguih”

“Suka tgk ustaz Haris tegur, tak marah2, tak bekeng, tegur molek”

“Takpe guyss doakan mana tau dia akan jadi macam Neelofa one day .. dulu pun ramai kecam pemakaian Lofa sekarang alhamdulillah hidayah milik Allah”

“Yang kecam cakap abang ipar ustaz tapi adik ipar seksi, macam ni lah diorang menegur dalam kelembutan. Jauh dlm hati berharap mereka berubah. Saya faham sebab saya pun duduk tempat sama” Kata netizen.

Pada masa yang sama, Netizen juga tertarik dengan gaya pertuturan Ameera yang bercakap bahasa Kelantan dan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris.

undefined
#Tudung #Ameera Khan #PU Riz
;