Teguran Siti Nurhaliza Dalam Muzik Video Takhta Dunia - “Kemodenan Bukan Sebab Kita Hilang Nilai Baik & Adab…”
Fiza Kamarudin
08/01/2021 07:28 MYT
08/01/2021 07:28 MYT
Sebagai pembuka tahun baharu 2021, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan sebuah lagi video muzik daripada album ManifestaSITI2020 berjudul Takhta Dunia.
Lagu dan lirik Takhta Dunia ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ryan Kyoto ini mempunyai keunikan tersendiri dari segi melodi dan cara penyampaian penyanyi nombor satu negara ini.
Siti Nurhaliza menyifatkan video muzik Takhta Dunia sebagai pembuka tahun baharu dengan memberi mesej yang baik kepada masyarakat.
Menurut beliau, seiring dengan kemodenan dan perkembangan dunia hari ini, setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.
“Sebagai seorang penyanyi, saya bertanggungjawab mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu.
“Sesuai usia, semakin dewasa dan matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi kesedaran,’’ kata penyanyi yang bakal menyambut usia ke- 42 tahun pada 11 Januari depan,” katanya.
Tambah Siti Nurhaliza lagi, penggambaran video muzik Takhta Dunia terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. merupakan di antara kerja terakhir beliau sebelum berehat untuk memberi fokus kepada persediaan kehamilan.
Beliau telah berbincang dengan pihak Rasa Film untuk tampil menggayakan imej wanita era 70-an bagi memberikan kelainan di dalam setiap video muzik yang pernah dihasilkan.
Untuk menjayakan khidmat pereka Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahma Dhani digunakan bagi imej tersebut.
Mengulas lanjut mengenai lagu tersebut Siti Nurhaliza berkata, bersesuaian dengan maksud liriknya, video muzik kali ini digarap istimewa dengan elemen minimalis teater muzikal.
“Bagi mengupas lirik lagu ini, Takhta Dunia sarat nilai moral kerana mengingatkan supaya setiap orang bersikap baik, menjauhi hasad dengki serta menjaga tutur kata.
“Apabila ini menjadi amalan, hati seseorang akan bersih dan tidak tercela,” katanya.
Sementara itu pengarahnya, Azhar dari Rasa Film telah menonjolkan peranan penari serta pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.
Video muzik ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an di sebuah stesen keretapi yang dinamakan Lipis Sentral.
Lokasi penggambaran diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.
Video muzik rasmi Takhta Dunia boleh dilayari di saluran youtube Siti Nurhaliza bermula 8 Januari 2021, tepat jam 9 malam.
Album ManifestaSITI juga boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer sejak 3 Julai 2020.
CD album ManifestaSITI2020 boleh dilanggan dalam talian di snp.onpay.my.
Tahun 2020 meninggalkan seribu satu kenangan manis kepada penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza di atas beberapa pencapaian dan anugerah yang diperolehi termasuk kejayaan menerusi album ManifestaSITI2020.
Di antara kejayaan yang beliau capai ialah Artis Paling Banyak Distrim di platform Spotify dan JOOX, 100 Asia Digital Star, Most Admired Women 2020, 500 Influential Muslim 2021, Nona Homegrown Award dan Individu Tergempak (Astro Gempak).
Selain itu, dua buah lagu dari album ManifestaSITI2020 iaitu 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu layak ke pertandingan akhir Juara Lagu.
Terbaharu, video muzik ke-7 dari album tersebut, Kuasa Cintamu, telah mendapat lebih 2 juta tontonan.