Laman Utama
Teka-Teki Terjawab, Ghaz Abu Bakar Diumum Pengarah Baharu Rompak
Desas desus akhirnya terlerai selepas Ghaz Abu Bakar diumumkan selaku pengarah yang akan menggalas peranan menerajui pembikinan supertele baharu, Rompak.
Pengumuman itu dibuat syarikat produksi, 4ward Pictures menerusi siaran media yang dikongsikan pada Jumaat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 4ward Pictures, Nashrul Nasir, penglibatan Ghaz secara akan membawa kelainan yang diinginkan untuk super tele berkenaan.
"Penglibatan Ghaz, seorang pengarah filem yang sememangnya prolifik, akan memberikan nilai tambah, kualiti dan perspektif artistik yang berbeza dalam mempersembahkan jalan cerita Rompak kepada penonton.
"Keserasian, pemahaman genre dan pengalaman yang dimiliki olehnya akan memberi keyakinan bukan sahaja kepada barisan pelakon, juga termasuk penerbit dalam menghasilkan super tele berperuntukan tinggi di bawah naungan 4ward Pictures," katanya.
Super Tele Rompak membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Siti Khadijah, Tony Eusoff, Chubb E, Aziz M. Osman dan ramai lagi.
Ia bakal memulakan penggambaran sekitar 26 Februari dan dijangka menemui penonton di siaran Astro First pada Jun 2022.
Must-Watch Video