Laman Utama
Tekak Sakit, Ziana Zain Tetap Beri Persembahan Terbaik Untuk 600 Peminat Atas Kapal Cruise
Sudah alami sakit tekak sejak lebih seminggu namun penyanyi Ziana Zain membuktikan masalah kesihatan bukan penghalang untuk dia melakukan persembahan yang terbaik.
Bagaimanapun Ziana melahirkan rasa syukur apabila Show Songbirds yang diadakan di atas kapal persiaran Genting Dream baru-baru ini tetap berjalan dengan lancar.
Syukur Peminat Gembira
“Walaupun muka saya tenang ketika membuat persembahan tapi hati rasa berdebar sebab bila bercakap pun suara saya macam mana.
“Saya alami masalah sakit tekak sejak seminggu sebelum persembahan. Tak ada batuk tapi tekak saya terus rasa kering. Tapi tak apa, sebab tu saya menyanyi tutup mata.
“Supaya saya dapat fokus agar suara tak jadi pecah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan yang penting peminat semua happy,” katanya kepada Gempak.
Pada malam Show Songbirs itu diacarakan oleh pengacara Singapura Maria J dan seramai 600 peminat dihiburkan dengan enam buah lagu popular Ziana iaitu Sangkar Cinta, Kekal, Dingin, Kalau Mencari Teman, Anggapanmu serta Madah Berhelah.
Genting Dream cruise
Genting Dream cruise merupakan sebuah kapal pelayaran milik syarikat ternama Resorts World Cruise. Malah, ia merupakan kapal pelayaran mesra halal pertama di dunia.
Genting Dream dilengkapi kemudahan dan keselesaan yang pastinya membuat pelancong teruja ketika menikmati percutian di atas laut sambil ditemani pemandangan yang indah.
Kapal yang berukuran 335m panjang dan 40m lebat itu memiliki 18 tingkat secara keseluruhan dan mampu memuatkan 3352 penumpang dalam satu masa selain dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi.
Aktiviti menarik
Antara kemudahan yang disediakan adalah The Lido (restoran), bar city, spa , butuk, zouk beach club, little dreamers club dan banyak lagi.
Malah pelancong turut berpeluang bermain parti buih, taman tema air, gelongsor panjang, garisan zip, flying fox dan pelbagai lagi.
Untuk merasai sendiri nikmat percutian di atas laut bersama Genting Dream cruise sila layari www.cruises.com atau email ke [email protected] atau ikuti laman sosial resortsworldcruises.
Must-Watch Video