HIBURAN
Tekanan Darah Tak Stabil, Ifa Raziah Pengsan Pukul 1 Pagi - “Terlalu Penat Mencari Rezeki…”
Tular video memperlihatkan penyanyi Datuk Ifa Raziah tiba-tiba jatuh pengsan di acara Starvendors Mega Raya Fest 2025 yang berlangsung di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi pada pukul 1 pagi, Ahad.
Tekanan darah
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Ifa atau nama penuhnya Saripah Raziah Mustapha, sedang bersiap untuk ditemu bual oleh pengamal media sebaik sahaja majlis pembukaan festival tersebut.
Suasana menjadi kecoh sebelum pasukan perubatan datang memberi bantuan dan membawa penyanyi dan usahawan berusia 49 tahun itu menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital.
Menurut pasukan perubatan, punca penyanyi itu jatuh pengsan kerana tekanan darahnya yang tidak stabil.
Sebelum kejadian berlaku, di sebelah petangnya, Ifa sudah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.