Hiburan
Tekanan Emosi Seawal 11 Tahun? Pendedahan Pakar Motivasi Ini Pasti Buat Anda Terkejut!
Siapa sangka rupanya tekanan emosi boleh dihidapi seawal umur 11 tahun!
Pendedahan itu dikongsi oleh pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi satu posting di Twitter.
Menurutnya, kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi seperti merasai kebimbangan, ketakutan berlebihan dan jika tidak dikawal boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.
"Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke depan dan tulis kenapa rasa tak semangat belajar.
"Maka, inilah jawapan yang kerap kali ditulis. Murid darjah lima.
"Bayangkan baru umur 11 tahun tapi dah lalui semua ni.
"Stress dalam kalangan budak zaman sekarang sangat real. Mereka tak ada tempat nak luahkan," katanya di Twitter.
Tambahnya, kajian kesihatan mental di Malaysia juga mendedahkan kanak-kanak umur 13 tahun turut berpotensi untuk mengalami masalah kemurungan atau 'depression'Setiap kali ceramah motivasi, sy akan minta pelajar dtg ke depan & tulis knp rasa tak semangat belajar.Maka, inilah jwpn yg kerapkali ditulis. Murid darjah 5. Bygkan baru umur 11 tahun tp dah lalui semua ni.Stress dikalangan bdk2 zmn skrg real! Mrk tak ada tempat nak luahkan. pic.twitter.com/kcBjlmRzSD— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) January 6, 2020
"Kita nak lahirkan generasi apa sebenarnya ni," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut.
Rata-rata mereka berpendapat ibu bapa dan keluarga sekeliling memain peranan yang cukup penting sebelum isu tekanan emosi berlarutan.
Ini antara sebahagian pendapat mereka.
Tapi malangnya kita sebagai anak tak boleh nak cakap apa apa . Bila kita cakap , dikatakannya kita melawan ??♀️ . Kita cakaplah yang kita stress dengan belajar sekali pon , ibu bapa takkan faham ? . Yang mana ibu bapa jenis faham , sangatlah beruntung ??? .— دينا . (@itsdnaaaa) January 6, 2020
Must-Watch Video