Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Tekanan Emosi Seawal 11 Tahun? Pendedahan Pakar Motivasi Ini Pasti Buat Anda Terkejut!

Hanafis Haris 07/01/2020 | 09:38 MYT
Siapa sangka rupanya tekanan emosi boleh dihidapi seawal umur 11 tahun!
Pendedahan itu dikongsi oleh pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi satu posting di Twitter.
Menurutnya, kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi seperti merasai kebimbangan, ketakutan berlebihan dan jika tidak dikawal boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.
"Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke depan dan tulis kenapa rasa tak semangat belajar.
"Maka, inilah jawapan yang kerap kali ditulis. Murid darjah lima.
"Bayangkan baru umur 11 tahun tapi dah lalui semua ni.
"Stress dalam kalangan budak zaman sekarang sangat real. Mereka tak ada tempat nak luahkan," katanya di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, kajian kesihatan mental di Malaysia juga mendedahkan kanak-kanak umur 13 tahun turut berpotensi untuk mengalami masalah kemurungan atau 'depression'
"Kita nak lahirkan generasi apa sebenarnya ni," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut.
Rata-rata mereka berpendapat ibu bapa dan keluarga sekeliling memain peranan yang cukup penting sebelum isu tekanan emosi berlarutan.
Ini antara sebahagian pendapat mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Kemurungan
;