Teknik Latih Bayi Angkasawan Negara, Curi Tumpuan Netizen

Elrafaei Sapi
Mac 26, 2018 13:01 MYT
Pencapaian Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam bidang aeroangkasa sehingga berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama sebagai angkawasan memang cukup membanggakan rakyat Malaysia.
Namun, di sebalik kehebatannya dalam bidang tersebut, beliau juga sering berkongsi ‘tips’ sebagai bapa menerusi media sosial.
Dalam status terbaru di Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi cara mudah untuk melatih bayi pusingkan badan daripada merangkak kepada baring secara telentang.
Teknik itu mungkin bukanlah perkara baru tetapi caranya melatih dua anak lelaki kembarnya, Adam dan Noah begitu mencuit hati netizen.
Dengan cara bersahaja, suami kepada Datin Dr Halina Mohd Yunos yang berpakaian baju Melayu hijau ini memuat naik video mengenai aksinya bersama dua orang si cilik itu.
Video itu ditonton sebanyak 109,693 kali dengan 379 komen daripada netizen yang terhibur menyaksikan gelagat tiga beranak itu.
Menariknya, Dr Sheikh Muszapahar turut berinteraksi dengan netizen dengan membalas komen dalam status tersebut.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @drsheikhmuszaphar
#. #Angkasawan Negara #Sheikh Muszaphar