Penyanyi Tomok berkongsi peningkatan pembelajaran sukan Taekwondo anak sulungnya, Arrian Shah Akid, 8, di sekolah.

Menerusi akaun Instagramnya, Tomok telah memuat naik video pendek yang merakamkan gelagat Arrian sedang menunjukkan kemahiran Taekwondo.

“Video pertama dari beberapa minggu lepas… Arrian tunjuk kat ayah skill taekwondo dia untuk tali pinggang putih.

“Hari ni… Alhamdulillah dia dah naik ke tali pinggang kuning. Tahniah anak ayah. Ayah dengan dibu still tak boleh move on sampai hari ni tengok video Arrian buat skill taekwondo tu,” tulisnya.

video pertama dari beberapa minggu lepas..arrian tunjuk kat ayah skill taekwondo dia untuk tali pinggang putih . hari ni alhamdulillah dia dah naik ke tali pinggang kuning..tahniah anak ayah . ayah dengan dibu still tak boleh move on sampai hari ni tengok video arrian buat skill taekwondo tu ???

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Bagaimanapun, video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyatakan rasa lucu melihat wajah Arrian yang serius dan teknik comel yang digunakan ketika mempersembahkan Taekwondo di hadapan bapanya.

“Hahahaa. Macam polis trafik kawal lalu lintas ni bos. Hee… Apa pun dia comel. Awal lagi hero tu nak tunjuk skill. Black belt nanti keluar lah jurus tanpa bayang nak tumbangkan lawan dia,” komen @hairilham

“Adoi la Arrian nangis-nangis aunty gelak. Keep it up boy! Skill paling win yang hempuk tengkuk sendri dengan tumbukan sam (2+1) tu,” tulis @atie_264

“Teknik ular senduk pun ada,” usik @acapnew_

Terdahulu, Tomok mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Rahayu Abbas pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman, 5.