Iklan

Teknologi Membolehkan Anda Untuk Terus Berhubung, Huawei Mengeratkan Lagi Hubungan Anda!

gempak
Zulaikha Yusof
15/02/2020
04:20 MYT
Sponsor Banner
Teknologi Membolehkan Anda Untuk Terus Berhubung, Huawei Mengeratkan Lagi Hubungan Anda!
Perhubungan jarak-jauh menguji kesetiaan, kepercayaan dan usaha antara dua insan yang sedang dalam hubungan percintaan. Namun, perkara yang paling sukar untuk dilalui oleh pasangan bercinta ialah tidak mampu berada di samping pasangan anda pada setiap masa.
Dengan kepantasan dan pembangunan teknologi yang semakin canggih, pasangan jarak-jauh khususnya masih mampu untuk terus kekal berhubung dan berjumpa meskipun berada jauh berpuluh ribu batu jauhnya. Ayuh lihat tiga cara terbaik yang membantu mengeratkan kemesraan dengan pasangan anda lebih-lebih lagi ketika berada dalam perhubungan jarak jauh.
Pertama, perkara asas dalam mana-mana perhubungan ialah untuk kekal bersama dengan terus berhubung antara satu sama lain. Sudah semestinya anda memerlukan telefon pintar!
Anda tidak akan mampu untuk lari dari 3 perkara ini iaitu berkongsi rutin harian anda bersama pasangan antaranya membuat panggilan video, menghantar video kelakar atau perkara menarik kepada pasangan anda dan membiarkan pasangan menyimpan foto terbaik anda meskipun azam untuk kekal kurus masih tidak berjaya dilaksanakan.
Maka, aplikasi yang manakah harus anda muat turun untuk melakuan kesemua perkara diatas? Sebenarnya, anda boleh menggunakan Huawei Nova 7i kerana ciri telefon yang dilengkai dengan kesan video swafoto yang ditampilkan dengan pelbagai ‘filters’ TikTok, kecantikan AI yang ditambah untuk membuatkan foto anda lebih kelihatan menarik. Tambahan pula, Nova 7i juga mempunyai fungsi pelangsingan rakaman video. Para wanita, anda pasti akan lebih teruja dengan fungsi ini!
Kini, anda mampu untuk mengekalkan kemesraan dengan pasangan jarak jauh dengan gaya komunikasi yang lebih mengujakan dengan memiliki Nova 7i.
Kedua, usah biarkan kerja menghalang hubungan anda atau sebaliknya! Sesetengah orang mempunyai perasaan tidak selamat atau berasa ragu apabila berada dalam sebuah perhubungan. Walaupun sibuk bekerja, mereka masih menginginkan pasangan untuk membalas teks mereka pada setiap masa.
Tetapi anda tidak mahu majikan anda melihat dengan siapa anda sedang berbalas teks?
Tahukah anda, dengan MateBook D15 anda boleh pasang telefon pintar Huawei dan pancarkan skrin telefon secara tanpa wayar pada komputer riba menerusi sambungan pelbagai-skrin? Dengan ini, anda mampu untuk memberi fokus kepada kerja dan melihat kesemua mesej yang dihantar oleh kesayangan pada waktu yang sama.
Jika ini juga masih tidak membantu, apa kata anda pasangkan jam tangan Huawei GT2 dan masalah akan selesai! Dengan tambahan jam tangan ini, anda boleh untuk menjawab panggilan telefon, melihat mesej, mengira denyutan nadi dan banyak lagi. Jangan risau sekiranya anda terlalu sibuk dan terlupa untuk mengecas kerana jam tangan GT2 mampu bertahan selama sehingga 14 hari. Anda juga boleh menetapkan ‘wallpaper’ yang sama dengan pasangan anda pada jam tangan tersebut. Romantik bukan!
Ketiga, antara perkara yang paling indah boleh berlaku dalam hidup anda ketika perhubungan jarak-jauh adalah dapat bertemu dengan pasangan anda. Tidak menghiraukan berapa jauh anda berada, hanya dengan meluangkan masa makan bersama atau menonton rancangan kegemaran bersama, mampu mengukir sebuah pengalaman yang membahagiakan.
Mengapa perlu katakan tidak kepada Huawei FreeBud3 yang mempunyai penyahbunyi aktif serta mudah digunakan. Terasa seperti dunia ini hanya ada anda dan pasangan anda sahaja.
Bersempena dengan bulan Februari yang sinonim dengan Hari Kekasih, Huawei menawar lebih daripada apa yang anda bayangkan. Selain promosi pra-tempah Huawei 7i, pelbagai produk yang lain juga terdapat menerusi promosi hebat ini iaitu:
• Nova 5T Crush Green pada harga RM1,399
• MateBook D 15 (8GB=256GB) pada harga RM2,299
• Y7P pada harga RM699
• FreeBuds 3 Red pada harga RM679 dan jam tangan GT2 42mm Rose Gold pada harga RM899.
Huawei kini menawarkan kepada anda pakej suai padan mengikut kehendak anda. Sama ada inginkan gaya hidup yang mementingkan kecerdasan, percutian dan juga pembelajaran secara strategik. Nikmati sehingga 0% kadar faedah dan 0% caj pemprosesan dengan pakej pelan ansuran TOGETHER 2020 HUAWEI SMART LIFE sehingga 12 bulan atau RM4.87 sehari. Layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Pra-tempah Nova 7i anda sekarang untuk menikmati sebuah pengalaman yang menggembirakan dan jarak bukan lagi menjadi penghalang anda. Anda boleh layari laman web HUAWEI ataupun mengunjungi Kedai HUAWEI Flagship berdekatan anda.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemesraan bersama pasangan anda hanya di hujung jari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024