Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Teladani Keluarga Arwah Siti Sarah, Shuib Belajar Cara Didik Anak-Anak - "11 Tahun Kenal Tak Pernah Bertekak Depan Saya..."

Asyikin Mayudin
05/01/2023 01:55 MYT
Pelawak Shuib Sepahtu berkongsi salah satu tips untuk kebahagian dalam menjaga dan mendidik empat orang anaknya adalah memberi kasih sayang yang mencukupi.

Malah menurut Shuib, dia menjadikan keluarga Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin sebagai inspirasi.

“Bagi saya, kasih sayang amatlah penting dalam mendidik anak-anak. Saya selalu percaya yang happy family, family yang penuh kasih sayang, anak-anak penuh kasih sayang, Insya-Allah akan jadi anak-anak yang baik.

“Sarah pun selalu cakap macam tu. Saya nampak benda ini pada keluarga Sarah… mereka keluarga yang, saya kenal dah lebih 11 tahun tak pernah bergaduh.

“Tak pernah bertengkak depan saya… tak pernah. Family dia penuh dengan kasih sayang, semua anak-anak Raisuddin ni hebat, bagus taat. Sebab itu saya percaya kasih sayang akan buatkan anak-anak yang baik.

“Itu yang saya nampak… Insya-Allah. Segelintir orang yang ada problem ini datang daripada keluarga yang berpecah… mungkin tak dapat kebahagian daripada ibu bapa, mereka cari kebahagian cara lain,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.


#Siti Sarah #Shuib SepahTu #Shuib #Shuib Siti Sarah #Anak-anak Shuib #Shuib kasih sayang
;