Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Telan Kos Lebih RM100 Juta, Masjid Sri Sendayan Ini Disamakan Dengan Taj Mahal!

Hanafis Haris
23/09/2019 10:43 MYT
Seindah Taj Mahal!

Itulah antara sebahagian pendapat yang dilontarkan warganet dalam menggambarkan kecantikan Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan yang mula viral, baru-baru ini.

Kecantikan seni binanya yang dikatakan mempunyai ciri Masjid Nabawi dan Taj Mahal telah menjadi tarikan ramai termasuklah penduduk luar.

Menerusi platform Twitter sahaja, ramai yang memuat naik gambar masjid tersebut dari pelbagai sudut dan perspektif menarik.

Tidak kurang juga ada yang mengambil gambar dari atas menggunakan drone untuk memaparkan keseluruhan rekaan luar masjid tersebut.

Anda boleh lihat antara gambar cantik yang dimuat naik di Twitter:

Sementara itu menerusi Harian Metro, Masjid Sri Sendayan dikatakan telah memulakan operasi secara rasmi pada solat Jumaat, 20 September lalu.

Masjid itu mula dibina pada 2015 yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) selaku pemegang amanah.

Difahamkan masjid yang mampu memuatkan 5,000 jemaah pada satu masa ini membabitkan kos lebih RM100 juta.

Apapun, pastinya masjid tersebut akan menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong dari luar negara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Credit: Farhan Che Hassan
#Viral #Viral #Masjid #Taj Mahal
;