Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Telefon Dirampas Ketika Selfie, Lee Kwang Soo Pulangkan Kepada Ayda Jebat

Mya Amri 26/11/2016 | 18:34 MYT
Bintang Running Man, Lee Kwang So bertindak cepat dengan memulangkan kembali telefon bimbit Ayda Jebat yang dirampas pengawal ketika sedang mengambil selfie bersamanya.
Ketika kejadian Ayda dikatakan sedang memegang telefon bimbitnya sebelum dirampas secara tiba-tiba dan ia mengejutkan Kwang Soo.
Sebaik saja perkara itu berlaku, Kwang Soo terus menyebut perkataan 'gwenchana?' yang bermaksud kamu tidak apa-apa setelah melihat Ayda terdiam.
Lee Kwang Soo kemudiannya bertindak mengikut pengawal tersebut dan meminta kembali telefon itu sebelum memulangkan kepada Ayda dan mengambil selfie bersama sebagai tanda mohon maaf.
Tindakan Kwang Soo itu disambut dengan sorakan dan tepukan daripada ribuan penonton yang hadir.
Selain Ayda, selebriti lain seperti Saharul Ridzwan, Ajak Shiro dan Hairul Azreen juga turut menyaksikan kejadian tersebut.
Dalam pada itu, kejadian yang berlaku ketika acara Running Man Challenge yang berlangsung di Paradigm Mall itu dikongsi oleh seorang peminat menerusi video yang di muatnaik di akaun Twitter dengan id @afqsyf semalam.
Sehingga kini video yang dikongsi oleh lelaki berkenaan telah mendapat lebih 4,000 retweet.
Rata-ratanya memberikan komen tidak puas hati terhadap kelakuan pengawal tersebut dan melabelkannya sebagai biadap.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teks oleh: Mya Amri
#Running Man #Ayda Jebat #Lee kwang Soo #Running Man
;