HIBURAN
“Telefon Fattah Sudah Unlock, Tak Tekan Pun Password, Hanya Slide Skrin Sahaja” – Amira Othman
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman tampil menjelaskan isu tular kononnya dia mengetahui kata laluan telefon pintar milik pelakon, Fattah Amin.
Menjawab perkara itu, Amira menegaskan bahawa dia tidak pernah membuka telefon Fattah menggunakan kata laluan, sebaliknya peranti itu sudah dalam keadaan terbuka ketika diberikan kepadanya.
“Saya nak jelaskan kat sini. Saya tengok balik video tu, sebenarnya bukan saya tekan password dia. Masa Fattah bagi phone tu, tak lock pun.
“Jadi bila soalan tu ditanya, saya pun tertanya-tanya balik. Saya rasa saya tak tekan pun password tu. Jadi saya tanya orang ramai, ‘Eh, saya ada tekan password Fattah ke?’ Saya rasa tak ada,” katanya.
Menurut pelantun lagu Hati-Hati itu, apa yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham selepas rakaman video tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
“Saya pun tertanya, macam mana korang boleh cakap saya tahu password, sedangkan saya tak tekan pun. Cuma masa tu saya terlupa saya kena tengok product briefing dan fokus kat jawapan. Jadi itu yang jadi sebenarnya.
“Saya hanya slide je, bukan buka password pun. Tapi mungkin ada yang salah faham kat situ,” katanya.
Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran semula butik fesyen Amber di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, semalam.
Menurut Amira lagi, tiada sebab untuk dia mengakses kandungan peribadi telefon milik Fattah memandangkan mereka hanya menggunakan peranti tersebut untuk keperluan kerja.
“Macam-macam headline, macam-macam perception dan orang kata macam-macam kat ruangan komen.
“Jadi kat sini saya jelaskan, sekalipun tahu ke, tak tahu ke, bagi saya, tidak ada isu pun pasal phone,” katanya lagi.
“Sebab bila kita dah lama bekerja bersama dan selesa, memang telefon tu tidak ada isu pun.
“Kadang-kadang kami buka live untuk tengok komen atau buka untuk cari lirik. Itu je dua benda. Kita tak buka telefon tu untuk tengok hal peribadi.
“Saya pun tak kacau hal persendirian orang,” jelasnya.
Terdahulu, tular sebuah video siaran langsung memaparkan Amira seolah-olah memasukkan kata laluan ke dalam telefon Fattah, lalu mencetuskan spekulasi dia mengetahui akses peribadi aktor itu.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, sebelum ini dikaitkan dengan Amira selepas bercerai dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu.