Lebaran bakal tiba tidak lama lagi, sudah tentu ramai yang sudah membuat persediaan di rumah bersama ahli keluarga. Meskipun krisis COVID-19 menghalang orang ramai dari melakukan aktiviti kunjung mengunjung, namun sambutan Aidilfitri di rumah masing-masing tetap diteruskan.

Semestinya ramai yang akan berkongsi foto memakai baju raya di rumah masing-masing, maka dengan itu, inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan telefon pintar HUAWEI P40 Series yang menawarkan kualiti fotografi dan kesalinghubungan terbaik!



Dengan sistem imej yang menerajui dalam industri serta memiliki reka bentuk yang sangat unik, HUAWEI P40 series telah mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan di pasaran luar negara.

Tidak kurang juga di negara kita, sejak dilancarkan 11 April lalu, HUAWEI P40 series mendapat sambutan hangat meskipun orang ramai hanya berada di rumah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan. Telefon pintar ini telah terjual laris di platform e-commerce memandangkan ramai yang percaya dengan kualiti Fotografi & Kesalinghubungan Terbaik yang ditawarkan.



Berdasarkan pemerhatian di aplikasi Dong Jing, perbincangan mengenai HUAWEI P40 versi Pro 8+256 sahaja telah mencecah 74 ribu entri dengan kadar maklum balas positif sebanyak 97%. Perkara ini sudah cukup membuktikan kualiti dan kehebatan HUAWEI P40 series!

Keupayaan pengimejan bertaraf tinggi serta reka bentuk yang bergaya merupakan dua sebab utama HUAWEI P40 series laris di pasaran. Kemunculan generasi produk sebegini telah menjadikannya sebagai teraju utama dalam industri penghasilan telefon pintar yang mementingkan kualiti fotografi dan reka bentuk yang unggul.

Quad-curve Overflow Display - Inspirasi Keindahan Air Mengalir

HUAWEI P40 Pro dilengkapi dengan rekaan HUAWEI Quad-curve Overflow Display dimana setiap empat hujung skrin kelihatan seperti air mengalir tanpa sempadan. Ya, benar! skrin HUAWEI P40 Pro direka penuh sehingga tiada ruang di setiap empat bucu telefon pintar ini.

Diinspirasikan dari limpahan air mengalir, rekaan Quad-curve Overflow Display terbukti inovatif dan sesuai dengan kehendak semasa di kalangan pelanggan. Ia juga dilengkapi dengan 90Hz kadar segar semula (refresh) yang mampu mengurangkan masalah berkaitan kegagalan fungsi. Apa yang pasti, visual skrin HUAWEI P40 Pro kelihatan penuh tiada sempadan!

Bukan sahaja kelihatan unik dan estetik, HUAWEI P40 series juga memiliki sistem pengimejan 'super-perceptual' yang menjanjikan kualiti fotografi ultra-jelas tanpa sempadan.



Leica Quad-Camera Ultra Visi + Kirin 990 5G Dengan Kuasa Kebolehan Pengkomputeran AI

Seperti model sebelum ini, HUAWEI P40 Series meneruskan kecemerlangan dalam kualiti penghasilan imej. Kebolehan HUAWEI P40 Pro telah diuji serta diiktiraf oleh syarikat penguji kamera, DxoMark. Pengiktirafan ini berjaya membuktikan HUAWEI masih kukuh dan memainkan peranan penting dalam industri.

Mari kita lihat kemasan dan perincian teknikal pada telefon pintar ini, teknologi kamera 'super-advanced' telah menjadikan HUAWEI P40 series yang terbaik dalam fotografi telefon pintar!



HUAWEI P40 Series menggunakan sistem kamera Leica Ultra Visi yang ditambah baik, P40 Pro mula menampilkan evolusi Kamera Quad Leica yang lebih hebat dengan kualiti Ultra Wide Cine Camera, ToF Camera serta 50x SuperSensing Zoom.

HUAWEI Ultra Vision Sensor dalam P Series adalah sensor CMOS yang paling terbaru digunakan. Dengan ukuran 1/1.28 inci, ia menyokong bining piksel untuk mencapai saiz 2.44μm dan Full Pixel Octa PD AutoFocus untuk focus berkelajuan tinggi pada setiap masa. HUAWEI XD Fusion Engine pula menjalin dan memproses data dari kamera pelbagai (multiple cameras) to menghasilkan kualiti fotografi yang terbaik.

HUAWEI P40 Pro mampu membuatkan imej jauh kelihatan jelas dengan 5x zoom optikal, 10x zoom hybrid dan 50x zoom maksimum. Untuk pertama kalinya, 5x Optical Telephoto Camera yang digunakan HUAWEI P40 Pro merangkumi penapis warna RYYB yang mempertingkatkan pengambilan cahaya sebanyak 40 peratus berbanding sensor generik RGGB, ia juga mempertingkatkan kualiti foto yang diambil menggunakan zoom. Kamera Ultra Vision lebar dan SuperZoom Array bergabung dengan AI, Triple OIS+AIS untuk kualiti foto dan video yang distabilkan dengan sempurna.










HUAWEI P40 Pro mempunyai 32MP AF Camera dan IR Depth Camera yang menyokong autofokus dan penghasilan Bokeh. Ia menjadikan kualiti foto dengan efek potrait dari semua produk HUAWEI setaraf dan berkualiti tinggi. Begitu juga dengan IR Face Unlock yang boleh digunakan walaupun dalam ruang bercahaya malap. HUAWEI P40 Series juga memperkenalkan HUAWEI Golden Snap yang merangkumi AI Best Moment, satu ciri fotografi khas yang mampu memilih frame terbaik dari gambar bergerak. AI Remove Passerby dan AI Remove Reflection juga membolehkan pengguna untuk membuang subjek dan pantulan yang tidak diinginin dalam frame, ia memudahkan anda menyerlahkan kualiti dalam fotografi!

Prestasi Kirin 990 5G SoC & Kelajuan Rangkaian

Tidak kira anda menyambut raya di kampung, mahupun rumah masing-masing di kota, bermain permainan mobil (mobile game) telah menjadi satu kegemaran dalam kalangan masyarakat untuk memanfaatkan masa terluang. Pasaran permainan mobil juga semakin mendapat tempat. Disebabkan perkara itu, ramai yang menitikberatkan aspek pemilihan telefon pintar yang mampu menampung kebolehan bermain game terutamanya prestasi SoC.

Sebagai produk flagship, prestasi Kirin 990 5G SoC adalah satu teknologi terbaik untuk permainan mobil! Ia juga hadir dengan teknologi 7nm+EUV dan inovasi CPU architectures, HUAWEI P40 Pro mampu mencapai keberkesanan dan kelancaran sistem yang tinggi. Anda juga akan teruja dengan prestasi grafik Mali-G76 MC16 GPU, pemprosesan imej dari ISP yang dipertingkatkan dan keupayaan tinggi AI dalam dual core NPU.



Berdasarkan ujikaji permainan mobil yang dilakukan, walaupun semua kesan khas dalam Honor of Kings digunakan, kadar game frame didapati stabil sepanjang permainan tersebut.

Dalam era 5G, prestasi cemerlang dan rangkaian terbaik dari HUAWEI P40 Pro mampu memberi pengalaman mengujakan kepada pengguna dalam senario berbeza. Dengan peningkatan senario 5G, prestasi HUAWEI P40 Pro juga ternyata meningkat.



Ujian kelajuan menunjukkan kelajuan ketika muat turun yang mampu dicapai HUAWEI P40 Pro dengan rangkaian 5G adalah sebanyak 749Mbps (93MB/s), ia mampu memuat turun movie berdefinisi tinggi bersaiz 2GB dalam tempoh kurang 20 saat.



HUAWEI AppGallery

Dalam pada itu, HUAWEI AppGallery sekarang telah dilengkapi dengan aplikasi terkenal dan diguna ramai seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada dan macam-macam lagi.

AppGallery juga selamat kerana ia dilengkapi dengan empat lapisan perlindungan yang mendapat kelulusan piawaian tertinggi. Pengguna juga boleh menjimatkan simpanan dengan menggunakan Quick Apps untuk membuka aplikasi tanpa instal.



Tunggu apa lagi? Dapatkan telefon pintar yang mempunyai fotografi dan rangkaian terbaik, HUAWEI P40 Series sekarang!



HUAWEI P40 Series boleh didapati pada harga bermula RM2,799 untuk P40 dan dan RM3,899 untuk P40 Pro.

Anda juga boleh mendapatkan HUAWEI P40 Series dalam masa enam jam selepas pembelian menerusi HUAWEI Express Delivery Ketika tempoh PKP ini.

Bolehlah anda bergambar sakan di Hari Raya nanti!