BIG STAGE
Tema Cover Tapi Bukan Aku Cabaran Utama Big Stage Minggu Keempat!
Bertemakan lagu 'Cover Tapi Bukan Aku', konsert Big Stage minggu keempat yang ditajakan khas oleh Vivo telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.
Peserta diberikan genre lagu di luar zon keselesaan dan kebanyakkannya telah menunjukkan peningkatan yang baik berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Dibawah merupakan kedudukan para peserta berdasarkan pemarkahan para juri dan komen yang telah diberikan:
Syafiq Farhain - Sway
"Saya suka 'vibes' pada malam ini, kamu juga telah membuat persembahan dengan penuh berkeyakinan" - Faizal Tahir
Sarah Suhairi - Ddu-Du Ddu-du du
"Saya terhibur melihat persembahan kamu, sangat selesa dan berkeyakinan!" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Baby Shima - Mawar Putih Tanda Perpisahan
"Kamu memang ada kekuatan tersendiri, persembahan pada malam ini dilakukan dengan baik cuma ada sedikit kesalahan yang harus diperbaiki" - Mas Idayu
Wani Kayrie - Sayang
"Saya suka persembahan kamu, secara keseluruhannya boleh dikatakan okay" - Mas Idayu
Afieq Shazwan - Treasure
"It's gotten very hot here, your performance? I love it bro! Kamu boleh menjadi seorang penghibur" - Faizal Tahir
Ariff Bahran - Deen Assalam
"Saya puji usaha kamu menyanyi lagu Arab dengan penuh penghayatan, ia menunjukkan kamu faham dengan maksud lagu ini" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Sissy Iman - Senggol Senggolan, Cubit Cubitan
"Saya harus beri kredit untuk kamu kerana berani menyanyikan lagu ini dihadapan penyanyi asalnya yang juga juri jemputan kita pada malam ini (Mas Idayu)" - Faizal Tahir
Tajul - Amboi
"Kamu masih tak mencapai kelainan yang dimahukan, teruskan usaha di konsert akan datang" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
Ariff Bahran, Sissy Iman dan Tajul telah berada di tangga tiga terbawah dan nasib tidak menyebelahi Sissy Iman yang tersingkir pada konsert minggu keempat ini.


Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selaku penaja utama, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex yang menjadi kegemaran pencinta teknologi terkini.
Vivo Nex menampilkan 'Experience Gaming Mode' yang memberi kepuasan kepada penggemar permainan mobil.
Rekaan skrin yang luas tanpa sebarang butang menambahkan lagi keselesaan pengguna untuk bermain permainan mobil kegemaran mereka.
Teknologi rekaan Vivo Nex ternyata lebih moden dan unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.
Must-Watch Video