Tema Harry Potter, Majlis Hari Lahir Anak Bunga Citra Lestari Ini Cool Betul!

Mya Amri
September 23, 2017 05:33 MYT
Pasangan selebriti Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat anak kesayanganya, Noah yang kini berusia tujuh tahun.
Majlis yang bertemakan filem popular Harry Potter itu berlangsung dengan meriah semalam.
Dengan menggunaka hashtag #noahturn7 dan #noahsinclair, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL ini juga berkongsi beberapa foto menarik di akaun Instagramnya.
Menerusi foto-foto yang dikongsi, Noah kelihatan sangat comel ketika menyarungkan busana menyerupai Harry Potter dengan memakai kaca mata bulat dan memegang tongkat sihirnya.
Di sini kami kongsikan foto-foto cool majlis ulang tahun ketujuh Noah:
Foto: Instagram @bclsinclair
Teks oleh: Mya Amri
#Bunga Citra Lestari #Ashraf Sinclair #Hari Jadi