Tema Hijau Daun, Akikah Putera Oki Setiana Dewi Meriah

Syafiqah Jalal
Disember 26, 2017 07:54 MYT
Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi selamat mengadakan majlis akikah buat puteranya, Ibrahim Muhammad Abdullah semalam.
Menerusi foto yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) peribadinya, majlis akikah cahaya mata ketiganya itu diadakan dengan meriah.
Bertemakan hijau daun, serentak dengan majlis akikah itu Oki dan suami turut mengadakan acara mencukur jambul.
Ibrahim Muhammad Abdullah yang lahir pada 18 Disember lalu itu turut mengikut tema majlis itu dengan dibedung kain berona hijau.
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekatnya.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis itu berlangsung:
#Pelakon Indonesia #Akikah #Oki Setiana Dewi