gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Anak Saudara Semakin Menyerlah, Sheila Abdull Bangga Dengan Prestasi Darling - “Harap Dia Dapat…”
HIBURAN
Tak Mahu Ada Salah Faham, Whulandry Herman ‘Minta Restu’ Isteri Aiman Hakim Ridza Sebelum Penggambaran Bad Cop
HIBURAN
Cardi B Disaman Sebab Baling Mikrofon Pada Peminat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tema Kampung, Tradisional Atau Padang Pasir?: Ini 5 Dekorasi Raya Mall Paling Onz Tahun Ini

Azwa Rahman
Azwa Rahman
27/04/2022
11:08 MYT
Sponsor Banner
Tema Kampung, Tradisional Atau Padang Pasir?: Ini 5 Dekorasi Raya Mall Paling Onz Tahun Ini
Menjelang beberapa hari lagi anak bulan Syawal bakal memunculkan dirinya, pasti ramai di antara kita yang berkunjung ke pusat membeli-belah berhampiran untuk membeli persiapan lebaran atau pun berbuka puasa.
Dalam pada meraikan kemeriahan lebaran, dekorasi di dalam pusat membeli-belah sangat memainkan peranan penting untuk menaikkan mood raya kita.
Setiap tahun juga pusat membeli-belah ini berperang menghasilkan idea-idea kreatif dekorasi luar biasa untuk tatapan pengunjung.
Nak tengok apa dekorasi raya pusat membeli-belah yang paling onz tahun ini? Jom semak.
1. Suria KLCC, Kuala Kumpur
View this post on Instagram
A post shared by Suria KLCC (@suriaklccmall)
Menampilkan sebuah rumah kampung, dekorasi raya di Suria KLCC membawa nostalgia kita pulang ke kampung. Dengan tema ‘Raya Di Dusun Atuk’, Lihat sahaja rendangnya pokok-pokok rendang dengan kereta Proton Saga diparkir di hadapan rumah, mengamit kenangan kita semua semasa kecil.
2. Aman Central, Kedah
Macam biasa. Sedih giler tengok decoration raya dekat mall tengah tengah bandar kuala lumpur tu. Tapi bila christmas je zass kau keluarkan la santa sebesar bangunan atau waktu cny keluar la naga tasik chini. Entah lah.Nah tengok deko AMAN CENTRAL KEDAH. Setiap tahun all out. pic.twitter.com/kEIfmOJtKu
— Januar Haikal (@Januarhaikal) April 10, 2022
Menurut seoang pengguna Twitter, dekorasi raya mall yang terletak di Alor Star ni tidak pernah kalah, setiap tahun ada kejutan! Dengan dekorasi ibarat di dalam taman, latar kayu dengan warna biru terang cukup membangkitkan mood beraya.
3. Queensbay Mall, Pulau Pinang
GEORGETOWN: Bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin terasa apabila pusat membeli-belah dihiasi dengan dekorasi suasana perayaan tersebut.Pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas turut menghias ruang legarnya dengan suasana kampung.? K. Ganeson | BERNAMA pic.twitter.com/hGgkjPUsjT
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 18, 2022
Turut bertemakan rumah lama, ruang legar Queensbay Mall bertukar menjadi sebuah kampung dengan sawah padi, ayam sebagai peliharaan dan hiasan punjut. Memang meriah!
4. 1 Utama, Petaling Jaya
View this post on Instagram
A post shared by 1 Utama Shopping Centre (@1utama)
Orang ‘Nismilan’ mesti bangga melihat dekorasi rumah tradisi Minangkabau mereka diketengahkan oleh pusat membeli-belah terkenal di Selangor ini. Istimewanya lagu, sebuah rumah utama dipanggil rumah Gadang setinggi 41 kaki didirikan di ruang legar mall tersebut. Memang gah!
5. City Square, Johor Bahru
View this post on Instagram
A post shared by Johor Bahru City Square (@jbcitysquare)
Dengan konsep negara Maghribi, dekorasi raya bagi pusat membeli-belah terkenal di bandar Johor Bahru ini beri kelainan. Dibuat seperti ala-ala di padang pasir dan seni bina bercirikan astaka. Sambil shopping, boleh OOTD!
Topic Berkaitan
#Suria KLCC
#Pusat Membeli-Belah
#Aman Central
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement