Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tema Kampung, Tradisional Atau Padang Pasir?: Ini 5 Dekorasi Raya Mall Paling Onz Tahun Ini

Azwa Rahman
27/04/2022 11:08 MYT
Menjelang beberapa hari lagi anak bulan Syawal bakal memunculkan dirinya, pasti ramai di antara kita yang berkunjung ke pusat membeli-belah berhampiran untuk membeli persiapan lebaran atau pun berbuka puasa.

Dalam pada meraikan kemeriahan lebaran, dekorasi di dalam pusat membeli-belah sangat memainkan peranan penting untuk menaikkan mood raya kita.

Setiap tahun juga pusat membeli-belah ini berperang menghasilkan idea-idea kreatif dekorasi luar biasa untuk tatapan pengunjung.

Nak tengok apa dekorasi raya pusat membeli-belah yang paling onz tahun ini? Jom semak.

1. Suria KLCC, Kuala Kumpur

A post shared by Suria KLCC (@suriaklccmall)


Menampilkan sebuah rumah kampung, dekorasi raya di Suria KLCC membawa nostalgia kita pulang ke kampung. Dengan tema ‘Raya Di Dusun Atuk’, Lihat sahaja rendangnya pokok-pokok rendang dengan kereta Proton Saga diparkir di hadapan rumah, mengamit kenangan kita semua semasa kecil.

2. Aman Central, Kedah
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut seoang pengguna Twitter, dekorasi raya mall yang terletak di Alor Star ni tidak pernah kalah, setiap tahun ada kejutan! Dengan dekorasi ibarat di dalam taman, latar kayu dengan warna biru terang cukup membangkitkan mood beraya.

3. Queensbay Mall, Pulau Pinang
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Turut bertemakan rumah lama, ruang legar Queensbay Mall bertukar menjadi sebuah kampung dengan sawah padi, ayam sebagai peliharaan dan hiasan punjut. Memang meriah!

4. 1 Utama, Petaling Jaya

A post shared by 1 Utama Shopping Centre (@1utama)


Orang ‘Nismilan’ mesti bangga melihat dekorasi rumah tradisi Minangkabau mereka diketengahkan oleh pusat membeli-belah terkenal di Selangor ini. Istimewanya lagu, sebuah rumah utama dipanggil rumah Gadang setinggi 41 kaki didirikan di ruang legar mall tersebut. Memang gah!

5. City Square, Johor Bahru

A post shared by Johor Bahru City Square (@jbcitysquare)


Dengan konsep negara Maghribi, dekorasi raya bagi pusat membeli-belah terkenal di bandar Johor Bahru ini beri kelainan. Dibuat seperti ala-ala di padang pasir dan seni bina bercirikan astaka. Sambil shopping, boleh OOTD!
#Suria KLCC #Pusat Membeli-Belah #Aman Central
;