Tema #KitaTeguhBersama Pilihan Astro Sempena Kempen Hari Kemerdekaan! Turut Lancar ‘Astro 25’ Di Saluran 100!
Astro hari ini mengumumkan tema #KitaTeguhBersama bersempena kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Kempen tersebut juga sejajar dengan sambutan ulangtahun Astro ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100 yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau termasuklah judul terkini, filem pecah panggung dan seleksi dokumentari.
Semuanya bakal bermula 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, kali ini merupakan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat Astro.
“Tema yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan baik bersama.
“Ia mencerminkan segala nilai yang kita nampak dalam kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini,” katanya.
Jelasnya, Astro telah melaksanakan beberapa inisiatif seiring dengan semangat #KitaTeguhBersama, dan ia termasuklah membantu dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma darah bersama Pusat Darah Negara.
“Menyokong kempen imunisasi kebangsaan dengan memperbanyakkan pengumuman khidmat masyarakat atau PSA, menjadi sukarelawan di pusat-pusat PPV dan menyediakan perkhidmatan Astro dan TV di pusat-pusat kuarantin seluruh negara.
“Membantu golongan yang memerlukan menerusi program komuniti ‘KamiCare’
Membantu golongan SME menerusi kempen ‘KamiCare MBiz’. Menyumbang peralatan perubatan di hospital dan komputer riba kepada para pelajar dari kelompok B40.
“Terus menyampaikan informasi-informasi terkini, menghiburkan dan mengangkat semula semangat di kalangan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan di saluran-saluran komplimentari sepanjang PKP dengan seleksi drama tanpa henti, program-program ‘signature’ terkini, dan siri-siri original premium.
“Memperbanyakkan kandungan berbentuk akademik bagi membantu kanak-kanak belajar dari rumah. Menyatupadukan rakyat Malaysia dengan memberi sokongan kepada barisan atlet di Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.
Tambah Tan lagi, tahun ini Astro berusia 25 tahun dan kami akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman terhebat seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix.
“Kami akan terus mencipta tanda aras baharu dalam menerbitkan program-program tempatan terbaik dan rancangan siaran langsung demi menghiburkan rakyat Malaysia.
“Kami berbangga kerana menjadi sebahagian dari hidup ramai di antara anda di luar sana.
“Bakat-bakat kami seperti Nabil Ahmad, Aznil, Zizan, Remy, Hui Min, Denesh, Ean dan Arnold, serta Chiu Keng Guan adalah di antara nama-nama mereka yang telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dan mencapai impian mereka.
“Sejak dari 12 bulan yang lalu, Astro berjaya melakarkan kejayaan dengan meraih kutipan tertinggi di saluran Astro First menerusi filem ‘Mael Totey’, memperkenalkan drama premium tempatan megahit, ‘Projek: Anchor SPM’, melebarkan lagi sayap jenama Hantu Kak Limah dengan membawakan ‘Kampong Pisang’ dan berusaha menawan hati penonton baharu khususnya dengan drama-drama yang lebih hebat seperti ‘Scammer’ dan ‘Ratu Ten Pin’.
“Dalam pada itu, drama di Astro Ria, ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ dinobatkan sebagai drama #1 untuk tahun 2021, dan siri-siri antarabangsa yang ditunggu-tunggu seperti ‘Zack Snyder’s Justice League’, ‘Friends: The Reunion’ dan K-drama yang menjadi bualan ramai, ‘Penthouse’.
“Sajian kandungan vernakular terus menjadi pilihan penonton dan di antara yang merekodkan pencapaian adalah seperti kandungan IP kami, program berbentuk bual bicara; ‘Evening Edition’ dan ‘Prime Talk’ dan program signature berbahasa Cina, ‘Classic Golden Melody’ serta dokumentari ‘Social Playlist’.