KELUANG MAN
Tema Warna Burgundy Simbol Semangat Adiwira, Larian Superhero ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ Di KL 18 Mei Ini!
Sempena dengan tayangan filem adiwira ikonik negara, Keluang Man yang bakal menemui penonton tidak lama lagi, Astro Shaw membawakan acara menarik penuh semangat iaitu Keluang Man x WONDA Fun Run.
Fun run percuma Keluang Man
Istimewanya lagi, acara larian ini percuma dan terbuka kepada orang ramai untuk menyertainya.Sesi pemanasan badan akan bermula jam 6.45 pagi sebelum flag off tepat jam 7.00 pagi.
Paling menarik apabila peserta digalakkan tampil bergaya dengan kostum bertemakan Keluang Man atau memakai pakaian sukan berwarna burgundy sebagai simbol semangat adiwira.
Larian ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon filem Keluang Man termasuk Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Dennis Yin, Anwari Ashraf dan ramai lagi.Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama mereka dalam sesi santai bermula jam 9.00 pagi!
Sama ada anda datang untuk bersenam, bergaya, atau sekadar menikmati suasana, satu perkara pasti, semangat Keluang Man akan menyatukan kita semua!
Acara ikonik ini bakal berlangsung pada Ahad, 18 Mei 2025, bertempat di Menara DBKL, Kuala Lumpur, dari 5:30 pagi hingga 11:30 pagi,
Daftar sekarang di www.keluangman.com.my dan jadi sebahagian daripada misi ‘Run for Justice, Style, and Fun’!
Must-Watch Video