Laman Utama
Tembok Pagar Roboh Dilanggar Orang Mabuk, Azad Jazmin Nak Hempuk Pemabuk Dengan Kuali!
Pelakon Azad Jazmin berang apabila binaan tembok pagar rumahnya roboh dilanggar pemandu mabuk dan tidak bertanggungjawab.
Azad ketika dihubungi Gempak berkata, dia menyedari perkara tersebut ketika menonton televisyen di ruang tamu kira-kira pukul 2 pagi tadi.
“Ketika saya tengah menonton televisyen saya terdengar bunyi kuat seperti pasir yang dicurah ke tanah di luar rumah.
Advertisement
“Saya ingatkan nak hujan jadi saya buat tak tahu saja. Pagi tadi saya bangun macam biasa dan ternampak pengawal keselamatan sudah berdiri di depan rumah.
“Dia bawa saya pergi cari seorang lelaki berbangsa Cina yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan tersebut.
“Saya nampak individu tersebut dan dia cuba lari apabila ternampak saya. Dan ketika itu dia masih lagi dalam keadaan ‘hang over’.
“Nasib baik periuk isteri saya tak ‘hinggap’ kat kepala dia,” katanya.
Ditanya samada dia akan mengambil tindakan terhadap pelaku tersebut, Azad berkata, dia sudah pun membuat laporan polis.
“Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Puchong Jaya kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar SOP serta cubaan lari daripada kesalahan dilakukan.
“Macam mana boleh berada di luar rumah selepas waktu yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan? Mabuk pula tu!,” luahnya kesal.
Terdahulu, isteri Azad, aktres Eira Syazira telah berkongsi reaksi suaminya yang ‘naik hantu’ selepas melihat tembok pagar mereka roboh.
Aksi spontan Azad yang meluru ke dapur dan mencapai kuali seolah-olah mahu menyerang individu mabuk tersebut mencuit hati netizen.
“Tak pasal-pasal ramai pulak yang order kuali macam bini saya pakai tu hari ini,” katanya.
Must-Watch Video