Pelawak Atu Zero berang apabila hanya menerima sekotak kain perca selepas menempah lampin pakai buang menerusi satu syarikat popular yang menawarkan servis membeli-belah dalam talian.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 28, berharap agar pihak tersebut mengambil tindakan segera sebelum dia sendiri mengambil tindakan undang-undang

“Kita order ‘pampers’ (lampin pakai buang) tapi tengok apa yang saya dapat ni…Tengok! Ni ‘pampers’ negara mana ni?

“Kita order pampers’ dia bagi kain apa ni?

“Saya harap L***** cepat-cepat ambil tindakan sebelum saya pula ambil tindakan,” katanya.

Atu bercakap mengenai hal tersebut menerusi sebuah video rakaman yang dimuat naik ke Instagram oleh isterinya, Shafeeqa Johari.

Dalam entri yang sama, Shefeeqa menerusi kapsyen yang ditulis akui kesal dengan apa yang berlaku.

“L*****, tak larat dah nak membebel. Lepas ini belilah mahal skit di Aeon tapi terus dapat barang...,” katanya.

Menerusi kemas kini tersebut, Shafeeqa turut melampirkan bukti pembeliannya serta aduan yang telah dilaporkan.

Sekadar info, Atu, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga pereka fesyen pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)