Laman Utama

Tempoh Berpantang Belum Habis, Neelofa Rasa Macam Dalam Penjara?

gempak
Azwa Rahman
16/02/2022
08:33 MYT
Sponsor Banner
Tempoh Berpantang Belum Habis, Neelofa Rasa Macam Dalam Penjara?
Sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak lelaki, selebriti popular Neelofa mencuri perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya yang bercampur-baur.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa, 33, memuat naik satu hantaran seolah-olah dirinya kini sedang bertarung dalam suatu situasi yang terkurung.
Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu juga berkongsi sekeping foto berwarna hitam putih memaparkan sebuah pintu jeriji besi seoalah-olah memberi bayangan hidupnya yang sedang terpenjara.
“Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini?”
“Secara emosi dan fizikal. Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama?
Walaupun tidak menyatakan dengan terperinci mengenai keadaan terkininya, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu seperti mahu berkongsi keadaan emosi dan fizikalnya.
Pada masa yang sama, dia turut meminta pendapat dan nasihat pengikutnya jika ada di antara mereka yang pernah melalui situasi yang sama sepertinya ini.
“Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?” tulisnya lagi.
Pada 29 Januari yang lalu, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya, Muhammad Bilal di sebuat pusat perubatan swasta di ibu negara.
Kerap berkongsi rutin harian sewaktu menjalani tempoh berpantang, isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu bagaimanapun belum berkongsi wajah Bilal kepada umum.
Sekadar info, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live