Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000
Gempak
16/07/2024 12:22 MYT
16/07/2024 12:22 MYT
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh direman sejak 11 Julai lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dibebaskan.
Menerusi laporan media, kesemua mereka dibebaskan daripada tahanan reman oleh Majistret Irza Zulaikha Rohaniddin, selepas reman berakhir pada Selasa.
Keempat-empat suspek diperintahkan membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang, di mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran.
Katanya lagi, masing-masing dengan seorang penjamin.
"Kesemua suspek juga perlu hadir ke pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai," katanya pada Selasa.
Sumber memberitahu, pada 10 Julai lalu, SPRM telah menahan kesemua suspek ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM kerana disyaki terbabit dalam salah guna dana derma awam.
Katanya, pempengaruh pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan salah guna kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara betul.
"Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan pada masa yang sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan kesemua suspek dilepaskan daripada tahanan reman.
Sumber - Sinar Harian