Tempoh Reman Usahawan Kosmetik & Seorang Rakan Disambung Hingga...

Gempak
Jun 13, 2021 08:55 MYT
Tempoh reman usahawan kosmetik terkenal bersama seorang rakan yang didakwa berkomunikasi secara lucah terhadap kanak-kanak bawah umur di Instagram baru-baru ini disambung dua hari lagi.
Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, perintah reman yang tamat hari ini itu dilanjutkan sehingga Selasa.
“Sambung reman (dua pemilik Instagram) sehingga 15 Jun 2021,” katanya.
Sebelum ini, dua individu terbabit direman tiga hari di Mahkamah Majistret Baru Bangi pada Jumaat.
Perintah remaan berkenaan dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret, selepas menerima laporan polis berhubung perbuatan dua individu tersebut yang didakwa melakukan amang seksual dengan dua orang kanak-kanak menerusi Instagram Live.
Dalam sesi Live itu juga, dua individu tersebut berpakaian tidak sopan serta menunjukkan aksi penggunaan rokok elektrik kepada kanak-kanak terlibat.
Sumber & Foto: Kosmo (K! Online)
#Usahawan Kosmetik #Kanak-Kanak #Lucah #Bawah Umur #Amang Seksual #IG Live