Bekas anggota kumpulan K-Pop M.I.B, Kangnam mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas pemenang sukan Olimpik luncur ais, Lee Sang Hwa.
Berita gembira itu disahkan oleh kedua-dua agensi mereka iaitu DMOST Entertainment dan BONBOO Ent menerusi kenyataan rasmi hari ini.
“Kedua-dua mereka telah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan atas dasar rasa cinta dan kesetiaan.
“Majlis perkahwinan pasangan ini akan berlangsung pada 12 Oktober depan bertempat di sebuah hotel di Seoul, Korea.
“Kami berharap anda merestui hubungan pasangan ini yang bakal memulakan kehidupan baru mereka sebagai suami isteri tidak lama lagi.
“Kami juga berjanji akan memberikan yang terbaik supaya pasangan ini dapat membalas sokongan dan kasih sayang yang diberikan oleh peminat kepada mereka dengan menunjukkan sisi terbaik mereka,” jelas wakil agensi mereka.
Terdahulu, Kangnam dan Sang Hwa telah bertemu diset penggambaran drama variati popular SBS, Law Of The Jungle’ yang disiarkan pada September tahun lalu.
Pasangan ini kemudiannya mendedahkan hubungan cinta mereka pada Mac tahun ini.
Sumber: Allkpop
Mya Amri
Thu Aug 29 2019


Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Bodoh' Jocelyn Chia! - "Tak Berhati Perut, Teruk, Tasteless!"
Tak jaga hati orang!

Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - “Dia Telah Melampaui Batas…”
Farhan Shah bersuara...

“Bukan Ismail Izzani” - Plot Twist! Rupanya Dakwaan Hamil Anak Artis Lelaki Tak Benar, Wanita Mohon Maaf Akaun Akan Dipadamkan
Tiba-tiba akaun tu kata semua tak benar.

Jadi Pilihan Untuk Konsert David Foster & Friends, Impian Datuk Sri Siti Nurhaliza Jadi Kenyataan
Konsert David Foster & Friends dijadual berlangsung 7 Ogos di Mega Star Arena

Peraduan Gempak Most Wanted
Menang tiket ke Showcase Jiwa Kacau? Jom sertai sekarang!

Janda Anak Dua Kahwin Dengan AI Ciptaannya, Suami Bekerja Dalam Bidang Perubatan
Macam-macam ek!

Gaji Tukang Paip Berlesen Di Singapura Cecah RM40,986 Sebulan
Sangat lumayan!

GMW: Daniel Kenakan Pelakon Transformers, Power Cara Qawiyaro & Furqan Motivate Orang Mengaji
Banyak lagi yang menarik GMW minggu ini.

Adam Corrie Terkejut Dikatakan Sudah Meninggal Dunia - "Mereka Buat Begini Untuk..."
Adam Corrie meninggal dunia?

“Kacak Akan Jadi Penaung Yang Hebat” - Mahu Kembali Ke Dunia Bola Sepak, Datuk Vida Percaya Mampu Selamatkan The Red Warriors
DSV percaya Kacak bakal jadi penaung yang hebat.