Saksikan persembahan menarik daripada kumpulan OAG dan Amir Jahari di INDIEpendent Fest! 2018 yang bakal diadakan di Setor Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur esok (11 Ogos 2018)!

Selain OAG dan Amir, artis-artis indie lain yang bakal menghangatkan acara ialah Amir Hasan, Lawalah Familia, Bawal & Jeans, Coraband, Empty Page, A. Ariff, Panasejook, The Nabil Azmi Trio dan ramai lagi.

Berlangsung pada dari 9 pagi sehingga 11 malam, COMMFEST: INDIEpendent Fest! 2018 merupakan sebuah acara yang meraikan budaya indie tempatan sambil meningkatkan kesedaran kepada pelbagai aspek terutama sekali pembulian siber.

COMMFEST: INDIEpendent Fest! 2018 merupakan sebuah festival yang berunsurkan ilmiah dan hiburan secara santai.



Melalui kolaborasi bersama CyberSecurity Malaysia, projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu pembulian siber yang semakin berleluasa.

Selain itu, festival ini juga adalah kolaborasi bersama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) untuk mengutip dana demi yayasan berikut disamping memberi informasi kepada orang ramai tentang pendermaan organ dan kesihatan buah pinggang.

Esok buat apa je? Jom ke @indiefest2018 ? Setor Gombak. Jumpe esok ??

A post shared by Old Automatic Garbage ?? (@oagofficial) on


Festival ini dianjurkan bagi memenuhi kriteria akademik yang mewajibkan pelajar–pelajar semester 6, jurusan Diploma in Corporate Communication, Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur dengan tema “Celebrate Indie, Say No to Cyberbully”.

Selain persembahan artis-artis indie, antara pengisian yang bakal berlangsung sepanjang festival ini adalah program bual bicara bersama ikon, bengkel demonstrasi, pameran ilmiah dan kesihatan, jualan makanan dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua golongan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram OAG & Amir